saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/11/2009

China setuju tingkat dagangan

PUTRAJAYA 11 Nov. – Malaysia dan China hari ini bersetuju untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala terutama dalam bidang kelapa sawit dan kayu-kayan.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, hasil rundingan bersama dengan Hu Jintao di Bangunan Perdana Putra di sini sempena lawatan rasmi dua hari Presiden China itu ke Malaysia.

Pada sidang akhbar bersama dengan Jintao, Najib berkata, China yang merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia berharap perdagangan dua hala akan berkembang pada masa depan.

‘‘Beliau menyatakan hasrat China untuk meningkatkan permintaan melibatkan minyak sawit dan kayu-kayan.

‘‘Kedua-dua pihak juga bersetuju projek Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dilaksanakan dengan lancarnya dan kemungkinan lain melibatkan komitmen Malaysia untuk memberi projek pembinaan kepada syarikat China dalam membangunkan Empangan Mengkuang (di Seberang Perai) serta kerjasama dalam projek kilang kertas dan kilang melebur aluminium di Sarawak.

‘‘Malaysia juga bersetuju pada prinsipnya untuk memberi projek landasan berkembar dari Gemas ke Johor Bahru kepada (syarikat) China,” kata beliau.

Sebanyak lima memorandum persefahaman (MoU) berkaitan perbankan, pengajian tinggi dan pembetungan ditandatangani antara beberapa kementerian dengan syarikat China sempena lawatan Jintao itu.

Ketika ini pelaburan China di Malaysia bernilai AS$134 juta sementara pelaburan Malaysia di republik berkenaan berjumlah AS$1.36 bilion.

Sebanyak 67 peratus eksport Malaysia ke China terdiri daripada barangan elektrik dan elektronik serta komoditi terutama minyak sawit.

Pada masa sama, 65 peratus import Malaysia dari China juga melibatkan barangan elektrik dan elektronik, mesin dan alat ganti.

Sambil menyifatkan pertemuan dengan Jintao berlangsung dalam suasana amat baik, Perdana Menteri berkata, mereka berkongsi pandangan betapa hubungan Kuala Lumpur-Beijing telah memasuki fasa lebih menarik.

‘‘Kita komited untuk melonjakkan hubungan ini ke tahap lebih tinggi,” kata beliau.

Najib berkata, kedua-dua negara turut bersetuju bahawa kerjasama perlu diperluaskan dalam bidang tenaga, pertanian, perikanan, pendidikan dan sains.

Kata beliau: ‘‘Kita ambil berat tentang fakta bahawa lebih ramai pelajar Malaysia belajar di China berbanding sebaliknya, selain perluasan kerjasama dalam bidang pertahanan dan keselamatan.”

Perdana Menteri berkata, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Jintao atas peranannya membina China sebagai ahli Negara-Negara Kumpulan 20 (G20) serta membantu masyarakat antarabangsa dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.

‘‘Peranan positif China itu memberi kesan kepada ASEAN dan kita bersetuju bahawa kita perlu meneruskan kerjasama dalam persada hal ehwal antarabangsa,” katanya.

Perdana Menteri percaya lawatan Presiden China itu akan dilihat dari sudut positif sebagai hasrat untuk mengukuhkan hubungan mesra sedia ada.

‘‘Saya percaya perjanjian yang dicapai hari ini akan dilaksanakan dengan berjayanya oleh agensi dan kementerian berkenaan.

‘‘Kita akan teruskan bekerjasama rapat dengan Hu dan (Perdana Menteri China) Wen Jiabao untuk melonjakkan hubungan dua hala,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.