saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/11/2009

Presiden Hu Jintao lawat Melaka


Hu Jintao (kiri) ditemani Mohd. Khalil Yaakob (kanan) dan Mohd. Ali Rustam melambai tangan kepada penduduk tempatan selepas melawat Muzium Baba dan Nyonya di Melaka, semalam. - BERNAMA


MELAKA 11 Nov. - Presiden China, Hu Jintao yang dalam rangka lawatan selama dua hari ke Malaysia, melakukan lawatan singkat ke negeri ini hari ini.

Ketibaan beliau dan isteri, Liu Yong Qing serta rombongan kira-kira pukul 2.15 petang di Pulau Melaka di sini disambut Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta anggota Exco kerajaan negeri.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat selaku menteri pengiring.

Sejurus tiba, pemimpin China itu menandatangani buku lawatan dan bergambar berhampiran batu tanda 'Selat Melaka-Selat Terpanjang dan Tersibuk di Dunia' yang terletak bersebelah Masjid Selat.

Selepas bergambar bersama Mohd. Khalil, Mohd. Ali dan anggota Exco kerajaan negeri, Jintao dan isterinya dibawa melawat persekitaran Selat Melaka yang memahatkan sejarah hubungan silam China-Melaka lebih 600 tahun dahulu melalui pelayaran Laksamana Cheng Ho.

Rombongan pemimpin China itu juga dibawa melawat Muzium Baba dan Nyonya di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini.

Muzium tersebut memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.