saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/11/2009

Muhyiddin arah ADUN Kota Seputeh hadir Sidang DUN Kedah

12/11/2009 2:29pm

ALOR SETAR 12 Nov. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan Selasa ini.

Katanya, walaupun Speaker DUN Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai ADUN namun Barisan Nasional (BN) memegang prinsip apa yang diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

"Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu. SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa speaker itu saya tak tahu, katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung di sini.

Muhyiddin berkata Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku kerana beliau masih seorang Adun sehinggalah mahkamah memutuskan kedudukannya kelak.

- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.