saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/11/2009

Van sapu angkut jemaah haji solat ke Masjidil Haram

MEKAH 12 Nov. – Bagi jemaah haji Malaysia, sebahagian besar daripada mereka tidak mahu melepaskan peluang bersolat setiap kali masuk waktu di Masjidil Haram kerana ganjarannya terlalu besar iaitu 100,000 kali ganda daripada bersembahyang di masjid-masjid lain.

Untuk ke Masjidil Haram, mereka juga tidak menghadapi masalah kerana pada setiap hari banyak van sapu sedia memberi perkhidmatan dan menunggu mereka di luar maktab penginapan Tabung Haji terutama yang terletak agak jauh dari masjid tertua di dunia itu.

Antara maktab penginapan jemaah haji Malaysia yang agak jauh di Janadriyah dan Burj Abbas yang masing-masing terletak kira-kira 750 meter dan 800 meter dari Masjidil Haram.

Van-van sapu biasanya bertumpu ke Janadriyah yang turut menempatkan Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, selain terdapat 7,000 jemaah menginap di maktab tersebut iaitu paling banyak berbanding sembilan lagi maktab Tabung Haji yang lain.

Perkhidmatan van-van sapu itu banyak memberi kemudahan terutama kepada jemaah wanita dan mereka yang berusia 55 tahun ke atas selain tambangnya agak murah iaitu satu atau dua rial saja (RM1 hingga RM2) bagi satu perjalanan berbanding tambang empat hingga lima rial jika menaiki teksi biasa.

Pemantauan pasukan media Tabung Haji mendapati sambutan terhadap perkhidmatan van-van sapu itu begitu menggalakkan kerana tambangnya begitu murah iaitu hanya perlu membelanjakan kira-kira 10 rial (RM10) jika berulang-alik ke Masjidil Haram untuk lima waktu solat.

Di luar maktab penginapan, pemandu-pemandu van sapu saling berebut penumpang dan kata-kata yang biasa didengar, ‘‘Haram, Haram...”

Haram merujuk kepada destinasi ke Masjidil Haram.

Jemaah haji Malaysia, Talib Othman, 76, berkata, kehadiran banyak van sapu itu memberi kemudahan kerana walaupun jarak maktab penginapan hanya 750 meter tetapi ia agak meletihkan bagi jemaah warga emas dan uzur untuk berjalan kaki ke masjid tersebut.

‘‘Saya kerap menggunakan van sapu itu tetapi kalau boleh sebaik-baiknya Tabung Haji sendiri yang menyediakan perkhidmatan itu dan para jemaah tiada masalah membayar tambang.

‘‘Masalah dengan pemandu van sapu ini, mereka mahu van mereka penuh dulu baru hendak bertolak ke masjid sedangkan waktu solat sudah hendak masuk. Apabila terus didesak, mereka mahu naikkan tambang jadi dua rial.

‘‘Sebab itu agak terkilan juga dengan sikap pemandu van sapu itu kerana apabila kita tiba ke masjid, orang sudah habis solat jemaah,” katanya yang berasal dari Tasik Gelugor, Seberang Prai dan pertama kali mengerjakan haji bersama isterinya, Manis Mahmood, 70.

Seorang lagi jemaah Malaysia, Othman Bakar, 56, berkata, dia tidak ada masalah jika tiada perkhidmatan pengangkutan ke Masjidil Haram kerana ganjaran bagi mereka yang berjalan kaki ke masjid adalah lebih besar.

‘‘Saya lebih suka berjalan kaki ke masjid itu dan cara itu rasanya lebih baik dan lebih besar pahala,” katanya yang berasal dari Bagan Ajam, Pulau Pinang.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi baru mengesan dua kes jemaah haji yang dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1) daripada sembilan jemaah yang disyaki.

‘‘Jemaah haji yang disyaki terkena wabak itu dibenarkan mengerjakan haji sebaik sahaja mereka pulih,” kata jurucakap kementerian itu seperti dilaporkan oleh akhbar Arab News hari ini. – UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.