saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/11/2009

Minat khat, jawi bawa kejayaan kepada Mohamad Muzammil


MUHAMAD Muzammil Mohamad Zabidi bersama karya dan trofi yang diterimanya selepas mendapat tempat kedua dalam Peraduan Seni Jawi Nusantara-Skill Tech di SMK Seri Balik Pulau, Balik Pulau, semalam.


BALIK PULAU 12 Nov. - Minat yang mendalam terhadap seni khat dan tulisan jawi membawa kejayaan kepada pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau, Mohamad Muzammil Mohamad Zabidi apabila dinobatkan naib johan Pertandingan Seni Jawi Nusantara.

Menurut Mohamad Muzammil, kejayaan yang dikecapinya hari ini dalam pertandingan anjuran akhbar Utusan Malaysia melalui sisipan Utusan Melayu Mingguan dan Institut Skill-Tech itu juga hasil dorongan keluarganya yang tidak pernah jemu menggalakkan beliau mempelajari seni khat dan tulisan jawi.

''Tulisan khat dan jawi sudah semakin pupus. Ia perlu dipopularkan kembali demi melahirkan golongan pelapis yang celik al-Quran dan jawi. Inilah yang sering dikatakan oleh ayah kepada saya.

''Dengan adanya pertandingan seperti ini, matlamat untuk melahirkan pelajar yang mencintai jawi juga boleh dicapai.

"Saya amat berharap, pertandingan seumpama ini akan diteruskan dan dipelbagaikan untuk menarik minat generasi muda," katanya yang dikejutkan dengan berita kemenangannya itu oleh pihak Utusan Malaysia dan Institut Skill-Tech di sekolahnya di sini hari ini.

Dengan menghantar tiga peribahasa Melayu iaitu bunga gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur; hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih dan berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak, Mohamad Muzammil menggondol hadiah wang tunai RM1,500 dan trofi yang disampaikan oleh Pengarah Institut Skill-Tech, Sharimah Hussain.

Turut hadir ialah Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohd Kamil Yusuff.

Mohamad Muzammil juga berkata, dia mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan tulisan khat tersebut kerana seni itu memerlukan perhatian dan tumpuan yang lebih.

''Keluarga banyak membantu dengan memberi pelbagai idea untuk mencantikkan lagi lukisan itu. Saya memang tak sangka boleh menang kerana hanya menghantar penyertaan yang minimum dan ia pun dihantar pada saat-saat akhir.

"Alhamdulillah, wang ini akan saya simpan untuk masa depan," katanya yang baru memenangi tempat pertama Festival Seni Khat anjuran Sekolah Menengah Agama Al-Mashoor Lelaki di sini, bulan lalu.

Sementara itu, Mohd. Kamil berkata, pihaknya sentiasa bertekad untuk mempelbagaikan lagi pertandingan yang mampu mengembalikan kegemilangan tulisan jawi terutama di kalangan generasi muda.

''Tulisan khat dan jawi adalah warisan Melayu dan Islam serta perlu dipelajari oleh semua umat agar generasi muda tidak menjadi buta jawi dan al-Quran.

''Generasi muda kini tidak begitu berminat untuk mempelajari jawi dan tulisan khat. Ini adalah sesuatu yang serius kerana sesiapa yang buta jawi bermakna dia tidak tahu membaca al-Quran," katanya.

Katanya, dia gembira kerana pertandingan yang diadakan itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada generasi muda dan ini menunjukkan masih ada yang sayang dengan seni tulisan khat dan jawi itu.

Menurutnya, pertandingan menulis peribahasa Melayu dalam tulisan jawi yang diadakan sepanjang September lalu itu menerima sebanyak 6,000 penyertaan pelajar sekolah menengah dari seluruh negara.

''Menariknya, kita turut menerima penyertaan daripada pelajar bukan Islam dan Melayu yang menghasilkan seni khat yang cantik dan halus. Inilah yang kita mahu kerana pertandingan ini turut dibuka kepada semua pelajar tidak mengira kaum dan agama," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.