saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 14/11/2009

Majukan bidang sains robotik

PUTRAJAYA 13 Nov. - Jurusan sains robotik mampu dikembangkan ke peringkat lebih tinggi di negara ini apabila ia semakin mendapat tempat di kalangan pelajar sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini dapat dibuktikan apabila pelajar Malaysia muncul juara keseluruhan pada kejohanan World Robot Olympiad (WRO) 2009 di Pohang, Korea Selatan baru-baru ini.

''Saya bersyukur serta bangga kejayaan itu telah berjaya meletakkan nama Malaysia di persada dunia.

''Ini bermakna pelajar Malaysia mempunyai tahap keupayaan yang tinggi dalam bidang fizik dan robotik malah lebih baik daripada negara maju," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada sidang akhbar semasa majlis meraikan kejayaan kontinjen Malaysia pada WRO 2009 di kementeriannya di sini hari ini.

Pada kejohanan yang berlangsung dari 6 hingga 8 November lalu, pasukan Malaysia muncul juara keseluruhan apabila menggondol dua pingat emas daripada enam acara yang dipertandingkan.

Selain itu, pasukan berkenaan diberikan dua Anugerah Istimewa dan satu Anugerah Kecemerlangan yang kesemuanya diperoleh dalam acara kategori terbuka.

Kejohanan itu disertai oleh 217 pasukan dari 24 negara.

Enam pasukan negara adalah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Francais, Melaka dan SMK, Methodist, Tanjung Malim, Perak.

Turut mengambil bahagian ialah pasukan dari SJKC Yuk Chai, Petaling Jaya; SMK Mantin, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Sains Sabah.

Muhyiddin berkata, kerajaan mendapati kecenderungan pelajar dalam bidang robotik sangat ketara meskipun pada masa ini hanya dijadikan aktiviti kokurikulum di sekolah.

Justeru, katanya, terdapat cadangan agar Malaysia menjadi tuan rumah kepada kejohanan tersebut pada tahun akan datang.

''Kejayaan para pelajar tersebut akan merangsang lebih ramai lagi pelajar untuk meminati bidang fizik, sains robotik dan kejuruteraan robotik.

''Saya percaya kita dapat kembangkan bidang ini pada masa akan datang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.