saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/11/2009

Kos haji swasta cecah RM100,000

MEKAH 15 Nov. – Jemaah Malaysia yang mengerjakan haji melalui pengendalian pakej syarikat swasta perlu melaporkan segera jika diminta membayar kos tambahan dan tidak menunggu sehingga mereka pulang ke tanah air.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji, Mat Admara Alang Azizdin berkata, aduan segera yang dibuat di tanah suci memudahkan Tabung Haji mendapatkan bukti-bukti yang diperlukan bagi mengambil tindakan ke atas syarikat terbabit.

Menurut beliau, terdapat 28 syarikat swasta yang mendapat lesen di bawah Tabung Haji dan secara purata bayaran yang dikenakan bagi setiap jemaah adalah antara RM18,000 hingga RM25,000.

Ada juga syarikat swasta, kata beliau, yang didakwa mengenakan bayaran sehingga lebih RM100,000 dan jemaah di bawah kategori ini biasanya dijanjikan dengan kemudahan tertentu termasuk tempat melontar berhampiran dengan khemah penginapan selain tinggal di hotel bertaraf lima bintang seperti Zam Zam Tower.

‘‘Mengenakan bayaran tambahan dan menempatkan terlalu banyak jemaah dalam sesebuah bilik adalah antara kesalahan besar yang dipandang serius oleh Tabung Haji.

‘‘Syarikat swasta yang didapati melanggar syarat itu dihukum mengikut kesalahan yang dilakukan sama ada diberi amaran, didenda atau tidak lagi dibenarkan mengendalikan jemaah pada masa depan,” katanya yang juga Pengurus Besar Bahagian Agensi-Agensi Haji kepada pasukan media Tabung Haji di sini, hari ini.

Pada tahun lalu, jelas beliau, ada empat buah syarikat yang dikenakan denda antara RM5,000 hingga RM20,000.

Mat Admara memberitahu, para jemaah di bawah pakej swasta ditempatkan di beberapa maktab di sini dan mereka juga menerima kemudahan yang hampir sama dengan jemaah yang menggunakan khidmat Tabung Haji.

Antara kemudahan yang diberikan, katanya, boleh mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan, kaunter simpanan dan pengeluaran wang, serta guru-guru agama yang disediakan oleh Tabung Haji.

Tabung Haji juga, menurut beliau, akan menugaskan beberapa pegawainya untuk memantau layanan syarikat swasta terhadap jemaah termasuk keadaan bilik dan sajian yang disediakan.

‘‘Pegawai petugas Tabung Haji akan memastikan bilangan jemaah dalam satu bilik tidak melebihi had dibenarkan bagi keselesaan mereka,” katanya.

Mengenai masalah yang kerap berlaku melibatkan jemaah swasta, Mat Admara berkata, ada antara mereka yang mengharapkan layanan lebih istimewa iaitu one to one service (layanan secara individu) kerana beranggapan mereka membayar lebih daripada jemaah lain.

Dalam berdepan dengan jemaah seumpama itu, kata beliau, pihaknya akan berterus-terang bahawa Tabung Haji tidak boleh membezakan layanan kepada seseorang kerana terlalu banyak jemaah yang perlu diuruskan.

Mat Admara juga menasihatkan umat Islam di Malaysia supaya berhati-hati ketika memilih syarikat swasta yang menawarkan khidmat mengerjakan haji atau umrah.

Beliau berkata, Tabung Haji sendiri telah mengiklankan nama-nama syarikat yang diberi lesen untuk berbuat demikian melalui akhbar selain menampal poster nama syarikat, jenis perkhidmatan dan kemudahan yang mereka tawarkan di papan kenyataan masjid.

Jumlah bayaran yang dikenakan ke atas jemaah bergantung kepada jumlah jemaah yang berkongsi sesebuah bilik dan biasanya bilik yang menempatkan hanya satu atau dua jemaah dikenakan bayaran antara RM20,000 hingga lebih RM100,000.

Sementara itu, Mat Admara memberitahu, setakat ini sebanyak 60 peratus daripada jemaah haji melalui pakej swasta telah berada di tanah suci Mekah dan sebahagian daripada mereka jika belum lagi ke Madinah akan berbuat demikian selepas mengerjakan ibadat haji. – UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.