saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 16/11/2009

Ir. Mohd. Zin Pengerusi KTMB baru

16/11/2009 10:43am

KUALA LUMPUR 16 Nov. Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantikan Tan Sri Lim Ah Lek berkuatkuasa 1 Oktober lepas.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat KTMB hari ini, pelantikan itu dibuat Kementerian Kewangan untuk tempoh dua tahun.

Mohd. Zin yang juga Anggota Parlimen Sepang, Selangor, pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam syarikat-syarikat terkemuka di negara ini termasuk anggota Lembaga Pengarah untuk Perbadanan Putrajaya dan Telekom Malaysia Berhad.

Beliau memiliki kepakaran dalam bidang kejuruteraan awam peringkat sarjana dari Universiti Bradley, Peoria, Amerika Syarikat dan jurutera profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia selain Ahli Persatuan Jurutera Awam Amerika Syarikat.

Penglibatan politik beliau bermula pada 1986 dan dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk penggal kedua dan Ketua UMNO Bahagian Sepang sejak 2004 selain menjawat jawatan sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC).

Mohd. Zin merupakan Presiden Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya dari 2004 hingga 2008. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.