saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 16/11/2009

JBA Pahang dikorporatkan tahun depan

16/11/2009 3:37pm

KUANTAN 16 Nov.— Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu bahawa kerajaan Pahang bersetuju untuk mengkorporatkan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang namun masih ada beberapa perkara belum dimuktamadkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Datuk Ir Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak berkata terdapat beberapa terma perjanjian pengkorporatan yang masih perlu dirundingkan dengan Kerajaan Persekutuan.

"Rundingan mengenai terma-terma perjanjian pengkorporatan tersebut meliputi perkara-perkara seperti pengurusan dan pengendalian kewangan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), iaitu JBA yang dikorporatkan.

"Di samping itu juga terdapat beberapa tuntutan kerajaan Pahang kepada Kerajaan Persekutuan mengenai geran tadahan air yang masih perlu dibincangkan bersama,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Pang Tsu Ming (BN-Semambu) mengenai perkembangan terkini pengkorporatan air di Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di sini.

Mohd Soffi berkata: “Pengkorporatan JBA masih belum dimuktamadkan sehingga perkara-perkara berkenaan mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Ini bagi memastikan perkhidmatan bekalan air lebih berkualiti dan holistik kepada pengguna di negeri Pahang. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.