saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 16/11/2009

Perpustakaan desa di setiap Parlimen dan DUN


RASLIN Abu Bakar (dua dari kanan) bersama Ismail Muttalib (dua dari kiri), Shahaniza Shamsuddin (kanan) dan Sheikh Muszaphar Shukor selepas perasmian Perpustakaan Desa Kampung Felda New Zealand, Maran, semalam.


MARAN 15 Nov. - Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menyasarkan untuk membina perpustakaan desa di semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, setakat ini kerajaan telah membina 1,089 perpustakaan desa di seluruh negara membabitkan peruntukan berjuta-juta ringgit untuk memastikan masyarakat di luar bandar tidak dipinggir dalam mendapat bahan bacaan.

Beliau berkata, berdasarkan perangkaan, PNM sahaja telah membina 475 buah perpustakaan berkenaan membabitkan peruntukan sebanyak RM1.4 juta, sementara 614 lagi dibina melalui peruntukan oleh kerajaan negeri.

''Di Pahang sahaja terdapat 64 perpustakaan desa di mana 32 unit diurus tadbir oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, manakala 32 unit lagi diselia oleh Perpustakaan Negara Malaysia,'' katanya ketika berucap di majlis perasmian Perpustakaan Desa kampung Felda New Zealand Maran dekat sini hari ini.

Perasmian perpustakaan itu disempurnakan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Muttalib.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Faridzah Jaafar; Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor; Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadilla Saleh dan Pengerusi Jawatankuasa Perpustakaan Desa Kampung Felda New Zealand, Mohd. Lazim Mahusin.

Raslin berkata, secara purata, kos pembinaan sebuah perpustakaan desa ialah RM300,000 membabitkan kos bangunan, buku-buku, pendawaian dan kemudahan Internet kepada pengunjung.

Beliau berkata, penyediaan kelengkapan teknologi komunikasi maklumat (ICT) di perpustakaan desa adalah untuk memastikan kemudahan yang disediakan di kawasan luar bandar setanding dengan kemajuan yang berlaku di perpustakaan kawasan bandar.

Langkah itu juga katanya, bagi memastikan masyarakat luar bandar mendapat akses terhadap pembangunan negara dan dunia amnya.

''Matlamat utama kerajaan adalah untuk merapatkan jurang penguasaan ilmu dan maklumat antara masyarakat bandar dan luar bandar walaupun lokasinya jauh di pedalaman seperti Sabah dan Sarawak.

''Dengan terbinanya rangkaian perpustakaan awam khususnya perpustakaan desa di seluruh negara membuktikan komitmen berterusan kerajaan untuk memberi peluang secara adil kepada rakyat bandar dan luar bandar dalam aspek keilmuan dan kemudahan teknologi maklumat,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.