saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/11/2009

Babak berkemban bukan tarikan


Barisan pelakon dan krew pembikinan drama bersiri Nenek Kebaya ketika sesi pengambaran siri itu diadakan di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.


BUKAN ingin menongkah arus, hanya membawa maksud yang melatari kisah di sebalik mitos nenek kebayan, mewujudkan adegan berkemban mandi bunga serta berlulur dalam siri yang kini bersiaran menerusi slot Lagenda di TV3 bukan sebagai tarikan kepada penonton.

Drama 20 episod yang diterbitkan oleh Suhan Movies Sdn. Bhd., itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 4.30 petang sejak 3 November lalu.

Menampilkan barisan pelakon seperti Diana Rafar (Samsiah), Raisuddin Hamzah (Tuan Adam), Tengku Faridah (Mak Inang) Amyza Aznan (Mastura), Zed Zaidi (Shafie), Pekin Ibrahim (Hazami), Ghazali Abu Noh (Pak Salleh), Nadia Kesuma (Umairah), Izreen Aminda (Marini) dan Mariani (Mak Putih).

Pengarahnya, Ismail Yaacob yang ditemui di lokasi penggambaran siri tersebut di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini memberitahu, adegan tersebut sebagai kesinambungan bagi 'mencantikkan' jalan cerita siri tersebut.

Berani memaparkan adegan sedemikian, bukan suka-suka sebaliknya, Ismail cuba menterjemah karakter Intan Sari yang dahulunya hidup di zaman purba.

"Watak Intan Sari menuntut pelbagai ilmu kejahatan demi membalas dendam. Justeru, mandi bunga serta berlulur di kalangan masyarakat dahulu kala memang sudah terlalu biasa.

"Saya selitkan babak ini bukan untuk tunjuk berani tetapi ia sekadar menggambarkan realiti mandi bunga, pada zaman dahulu sudah tentu berkemban.

"Kita bukan saja-saja nak buat adegan sebegini, ia sebagai mencantikkan lagi jalan cerita. Lagipun, tak kan nak buat adegan mandi bunga sambil memakai baju, sudah tentu tak logik," katanya.

Cabaran hasilkan Nenek Kebaya

Memvisualkan drama yang mengangkat kisah di sebalik mitos nenek kebayan dalam masyarakat Melayu bukanlah semudah yang disangka.

Bermain dengan logik akal, seboleh mungkin pengarahnya cuba memastikan jalan cerita sama ada skrip mahupun perbuatan yang bakal dipaparkan dalam siri Nenek Kebaya yang kini bersiaran menerusi slot Lagenda di TV3 tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Kisah tersebut melatari dua zaman berbeza iaitu zaman purba mengenai persengketaan dan antara rakyat biasa, dengan rajanya serta zaman moden yang menguliti hidup dua keturunan tersebut dengan dendam yang masih bersisa.

Ketika ditemui baru-baru ini, pengarah tersebut ternyata sedang rancak mengatur langkah lakonan barisan pelakonnya dalam siri tersebut.

Tidak mahu timbul sebarang spekulasi yang kurang enak, dari segi lakonan dan dialog yang digunakan diberi fokus supaya tidak melanggar batas-batas agama.

"Dalam cerita ini berlaku pelbagai perubahan karakter iaitu bagi watak Samsiah, Nenek Putih dan juga Intan Sari. Jadi perubahan-perubahan yang cuba kita paparkan kalau boleh tidak mahu terlalu nampak yang tidak logik," katanya.

Sekilas mengenai Nenek Kebaya, memaparkan Samsiah, seorang gadis kampung yang berkahwin dengan Adam, seorang duda pertengahan abad berketurunan raja.

Tanpa disedari, Samsiah telah digunakan oleh roh jahat Intan Sari yang berdendam dengan Raja Negara Kembayat Cahaya yang membunuh tunangnya, Indera Laksamana pada zaman purba.

Kerana dendam dan amarah, Intan Sari bersumpah untuk membalas dendam namun terpaksa menunggu sehingga tujuh keturunan.

Selepas tujuh keturunan, hanya tinggal seorang pewarisnya iaitu Mak Putih yang tinggal bersama cucunya, Samsiah.

Menerusi Mak Putih, Samsiah dipergunakan oleh roh jahat Intan Sari demi melaksanakan dendamnya terhadap Adam. Pelbagai helah digunakan oleh Intan Sari demi melunaskan hasrat hatinya bagi melihat kehancuran keluarga Adam.

Menceritakan peristiwa epanjang penggambaran, kata Ismail, pernah suatu hari pelakon Mariani tidak mampu menghayati watak kerana tidak berupaya mengeluarkan suara.

Tidak kurang juga pelakon utamanya, Diana Rafar yang mengalami pelbagai peristiwa pelik ketika cuba melakonkan watak nenek kebaya. Malah, lebih daripada seminggu, matanya mengalami bengkak sehingga menyebabkan penggambaran tertangguh beberapa hari.

Penulis skripnya Sharifah Abu Salem, ketika ditemui di lokasi yang sama memberitahu, dalam menghasilkan cerita-cerita sebegini, unsur-unsur misteri dan klasik seringkali melatari kisah-kisah mitos termasuk nenek kebayan.

"Kita cuba buat cerita yang orang akan ingat tentang nenek kebayan di mana orang ternanti-nanti apakah kesudahan ceritanya.

"Sebagai penulis saya harus membayangkan kalaulah nenek kebayan itu benar-benar wujud. Sebab itu kita masukkan sedikit unsur-unsur mistik.

"Watak Intan Sari dari awal lagi memang sudah menuntut pelbagai ilmu, namun menggunakan ilmu tersebut untuk membalas dendam," katanya.

Tidak mahu jalan cerita terlalu statik dengan kisah mistik, beberapa surah secara tidak langsung turut diselitkan.

"Dalam siri ini, apa yang dipaparkan, dalam melawan kuasa jahat kita menggunakan beberapa ayat al-Quran," katanya yang menyiapkan skrip tersebut dalam masa tiga minggu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.