saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/11/2009

Pengajaran dari insiden tembakan Fort Hood

INSIDEN tembakan rambang oleh Mejar Nidal Malik Hasan yang mengorbankan 13 mangsa serta mencederakan 30 yang lain di pangkalan tentera Fort Hood, Texas, mengembalikan ingatan kepada senario selepas serangan 11 September 2001.

Ketika itu agensi keselamatan dan perisikan Amerika Syarikat masing-masing menuding jari mencari kesalahan kerana gagal membongkar perancangan pengganas walaupun sedang memantau pergerakan beberapa orang daripada pengganas tersebut.

Tetapi apa yang lebih penting ialah pada ketika itu juga rakyat Amerika Syarikat (AS) berketurunan Arab dan beragama Islam telah diserang secara lisan dan fizikal.

Semuanya kerana timbul prejudis bahawa mereka yang mengamalkan ajaran Islam adalah pengganas.

Malah lebih menakutkan lagi ialah perasaan prejudis tersebut bukan sahaja ada pada orang awam tetapi juga pada organisasi keselamatan dan perisikan AS sendiri.

Insiden seperti yang berlaku di Fort Hood bukanlah yang pertama dan terburuk pernah berlaku di AS.

Bagaimanapun oleh kerana kali ini ia dilakukan oleh oleh pegawai tentera yang beragama Islam, maka ia memberi gambaran seolah-olah rakyat Amerika beragama Islam yang berkhidmat dalam organisasi keselamatan sememangnya tidak boleh dipercayai.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri, Joe Lieberman dari awal-awal lagi telah melabelkan kejadian tersebut sebagai aktiviti pengganas yang disebabkan oleh pelampau Islam.

"Terdapat beberapa isyarat dan amaran yang merumuskan bahawa Nidal adalah pelampau Islam. Sudah semestinya tindakan tembakan tersebut adalah disebabkan oleh seorang pengganas," tegas Lieberman.

Prejudis terhadap Islam menjadi bertambah buruk apabila beberapa saksi di tempat kejadian menyatakan Mejar Nidal telah beberapa kali melaungkan takbir semasa melepaskan tembakan.

Presiden Barack Obama juga telah mengeluarkan arahan supaya siasatan dilakukan untuk menentukan bagaimana pihak tentera mengendalikan maklumat sensitif jika memang benar diketahui Nidal telah berhubung dengan ulama yang bersimpati dengan perjuangan al-Qaeda.

Siasatan yang terperinci sepatutnya dilakukan untuk mengelak kejadian serupa berlaku tetapi apa yang dikhuatiri adalah jika siasatan tersebut bukan untuk menentukan keadaan mental Nidal tetapi lebih menjerumus kepada fahaman pelampau Islam beliau.

Begitu 'aib" sekali seorang Islam yang bersimpati dengan nasib yang dialami oleh rakyat Iraq dan Afghanistan akibat aktiviti ketenteraan AS dituduh sebagai pelampau Islam.

Jika dipegang saranan Lieberman yang cuba mengaitkan Mejar Nidal dengan pengganas maka sudah pasti strategi siasatan akan menuju ke arah tersebut dan bukannya untuk mengkaji bagaimana keadaan mental beliau pada ketika itu.

Sudah tidak menjadi rahsia lagi ramai askar Amerika yang pernah berkhidmat sama ada di medan perang Iraq atau Afghanistan telah mengalami tekanan mental atau sakit jiwa dan tidak keterlaluan jika dikatakan 10 hingga 15 peratus daripada mereka telah mengalami tekanan akibat peperangan.

Kejadian membunuh diri atau tembakan rambang di pangkalan tentera AS bukanlah satu perkara baru kerana kejadian seumpama tersebut sering berlaku. Lebih-lebih lagi dengan adanya perang Iraq dan Afghanistan yang mengakibatkan seseorang askar berada di medan perang pada jangka panjang.

Jika statistik yang menyatakan bahawa hampir 35 peratus askar yang pulang dari medan perang telah memperolehi rawatan dari pakar sakit jiwa maka sudah pasti persepsi bahawa majoriti askar Amerika mengalami tekanan mental adalah benar.

Oleh kerana Mejar Nidal adalah seorang yang beragama Islam dan mempunyai kaitan dengan rakyat Palestin, kejadian tembakan rambang tersebut telah dinilai dari sudut pengganas dan bukannya keadaan mental penembak pada ketika itu.

Begitu malang kerana Islam sekali lagi dikaitkan dengan pengganas dan sepatutnya selepas lapan tahun kejadian 11 September berlalu, prejudis terhadap umat Islam sepatutnya tidak lagi menebal di AS.

Apabila Scott Roeder pada Mei lalu menembak mati George Tiller iaitu seorang doktor yang melakukan aktiviti pengguguran bayi di Kansas, tiada suara yang menuduh bahawa peristiwa tersebut adalah didalangi oleh pengganas.

Pada hal telah terbukti penembak tersebut adalah seorang pelampau Kristian.

Begitu juga apabila James von Brunn pada 10 Jun lalu melepaskan tembakan rambang di Muzium Peringatan Holocaust AS.

Ia disebabkan kebencian beliau terhadap pengikut ajaran Judaisme. Namun tidak pula dikaitkan peristiwa tersebut sebagai kegiatan pengganas yang disebabkan oleh fahaman melampau.

Sememangnya kejadian di Fort Hood sepatutnya disiasat dengan terperinci seperti yang telah diarahkan oleh Presiden Obama. Fokus siasatan perlu menjerumus kepada keadaan mental Mejar Nidal dan mengapa tindakan tidak diambil jika telah diketahui keadaan beliau pada ketika itu.

Tetapi jika siasatan tersebut lebih menuju ke arah saranan Lieberman yang lebih gemar mengaitkan dengan retorik pengganas, maka pengajaran dari peristiwa Fort Hood tidak mungkin akan diperolehi.

PENULIS ialah GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Felo Pelawat ISIS Malaysia

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.