saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/11/2009

Tun Dr. Mahathir perlu terajui UMNO Kedah?

MINGGU lepas saya mencuit beberapa pihak di Kedah dan Pusat supaya membuka mata kepada keluh-kesah pegawai-pegawai KCS, atau pegawai perkhidmatan awam negeri Kedah.

Difahamkan maklum balasnya cukup baik. Saya berharap momentum reaksi yang diberikan kepada cuitan itu terus hangat dan usaha-usaha ke arah merapatkan mereka dengan arus perdana dapat dijalankan.

Kali ini, saya akan menyentuh sekali lagi mengenai Kedah. Tapi saya tidak mahu berselindung atau berkias mengenai masa depan Kedah. Ramai orang Kedah juga sudah keluh-kesah dengan negeri itu, yang baru setahun dipimpin oleh kerajaan Pas.

Di mana-mana orang bercakap mengenai situasi itu. Rata-rata meramalkan Pas hanya ada 50 peratus peluang untuk mengekalkan kuasanya di negeri itu. Dan, dalam masa yang sama BN/UMNO juga mempunyai peluang yang seimbang.

Pendek kata, kedua-dua pihak mempunyai peluang yang sama banyak untuk merampas kembali negeri itu dan mengekalkan kuasa yang ada.

Pas Kedah dari segi kulitnya tidak nampak sebarang masalah, kecualilah masalah parti itu di peringkat pusat sahaja. Namun, sejak setahun lalu rungutan yang kedengaran ialah mengenai soal-soal pentadbiran kerajaan negeri itu. Soal-soal kebajikan juga nampaknya kurang. Pelaburan pun belum masuk dan semuanya terlalu perlahan.

Azizan pula sebaliknya, sedikit demi sedikit sedang membina imejnya dengan panggilan nama-nama ‘popular dan manja’ tertentu. Sama seperti yang dilakukan oleh Nik Aziz satu ketika dulu, sehingga melekat panggilan ‘Tok Guru’ sehingga ke hari ini.

Bagi UMNO pula, ia juga berfungsi seperti biasa, perlahan. Pengerusi perhubungannya diterajui oleh anak Sabah bermertuakan orang Sungai Petani yang terkemuka. Mohd. Shafie Apdal diberi tanggungjawab itu oleh presiden parti untuk mengendalikan fungsi badan itu.

Sama ada berkesan atau tidak, itu hanya akan ditentukan pada PRU-13 ini. Namun dalam masa yang sama adalah kedengaran suara itu dan suara ini. Suara-suara yang tidak puas hati dengan orang itu dan orang ini. Bagi sesetengah orang cakap-cakap itu biasalah dalam politik, tapi dalam suasana peluang 50 peratus yang ada itu, ia tidak biasa.

Kerana kekalutan itu, ADUN Kota Siputeh tidak hadir (orang Kedah kata tuang, orang KL kata ponteng) ke Dewan pun tiada siapa peduli. Bukan saya yang kata ADUN itu tuang atau ponteng, tapi mahkamah yang memutuskannya.

Jika keadaan itu berterusan, 50 peratus itu akan tinggal 40 peratus dan ia akan terus menurun. Dua tahun sudah tidak lama sebelum pilihan raya umum akan datang. Momentum Kalih Kedah perlu dilakukan sekarang. UMNO Kedah yang menjadi tunggak BN negeri itu harus bersatu padu.

Tapi bersatukah UMNO Kedah? Apakah Shafie diterima sebulat suara? Jika beliau tidak diterima sebulat suara, siapa yang orang-orang itu mahukan?

Tidak perlulah dinamakan siapa warlords yang terdapat dalam UMNO Kedah sekarang, tapi mengakulah kem-kem itu wujud. Walaupun Shafie menerajui badan itu, kem-kem itu masih gagal ditutup. Selain Shafie sendiri, ada dua lagi kem lain – sekurang-kurangnya.

Orang yang mewujudkan kem-kem ini nampaknya tidak mahu melihat Kedah itu diambil balik. Jika tidak sudah tentu hanya ada satu kem sahaja iaitu kem Shafie.

Kita melihat masa untuk mengubah keadaan itu sudah terlalu suntuk. Pucuk pimpinan UMNO Pusat perlu membuat sedikit rombakan melibatkan badan perhubungan negeri itu dengan segera.

Nama Tun Dr. Mahathir Mohamad harus dimasukkan sekali lagi. Fungsi beliau harus dikembalikan ke Kedah. Beliau harus diberi peranan menerajui Badan Perhubungan UMNO Kedah sehingga ke pilihan raya umum akan datang, atau sekurang-kurangnya UMNO negeri itu dapat distabilkan kembali. Tujuannya sudah tentulah bukan untuk akhirnya beliau menjadi menteri besar, tapi bagi memimpin sebentar UMNO negeri itu ke landasannya yang sebenar.

Bukan maksud kita mahu menyingkirkan Shafie. Shafie ialah seorang pemimpin yang berwibawa dan cekap di peringkat Pusat dan Sabah. Cuma beliau nampaknya masih ‘tidak berupaya’ untuk menyatupadukan para pemimpin yang tegar itu.

Idea membawa pulang Dr. Mahathir juga, bukanlah satu fomula ‘bersih’ yang akan diterima oleh pihak-pihak tertentu, namun bagi rakyat negeri itu ia adalah satu mata tambah kepada mereka untuk membuat pemilihan pada pilihan raya umum akan datang. Pedulikan suara-suara sumbang itu, dahulukan hati nurani rakyat.

Rakyat Kedah mahu melihat UMNO Kedah dan ‘kerajaan bayangan Kedah’ diterajui oleh seorang pemimpin yang mereka kenal dan selesa. Ia bukan lagi hanya membabitkan soal pengurusan dan pentadbiran parti itu semata-mata, tapi satu sentuhan yang mereka semua boleh terima dan rasai.

Dr. Mahathir amat dihormati oleh semua pihak, baik lawan atau kawan seluruh dunia. Kita tidak pasti sama ada Tun akan terima idea ini. Dan, bukan niat kita juga untuk membawa beliau turun ke bawah semula untuk membuat kerja-kerja sebegitu. Tapi melihatkan suasananya dan setelah menoleh ke kiri dan ke kanan, tiada pemimpin lain yang sesuai (ada) kecuali beliau.

Dari Kedah beliau bermula, insya-Allah selagi hayatnya dikandung badan, di Kedah juga beliau akan menabur bakti – sekali lagi.

Nota:

Baca juga tulisan terkini A.Kadir Jasin UMNO Kedah mamaikah?

‘‘Meminjam bahasa semasa anak muda, apa sudah jadi dengan si Mamat ni? Ke mana sikap dan sifat tanggungjawab dia...? Apa yang ketua dia Mahdzir Khalid (bekas Menteri Besar) buat? Apakah kerja Pengerusi UMNO dan BN Kedah? Apa kerja Whip BN dalam DUN Kedah? Semua releks?”

(http://kadirjasin.blogspot.com)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.