saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 18/11/2009

Wajib haji hanya sekali, jangan sampai timbul fitnah

MENUNAIKAN haji adalah rukun Islam kelima. Ia hanya wajib dilakukan sekali seumur hidup oleh setiap Muslim yang mukalaf dan berkemampuan.

Sememangnya bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah, kedatangan kali pertama tidak pernah cukup. Akan sentiasa ada lambaian untuk mengunjungi Baitullah sama ada menunaikan haji atau umrah kali kedua dan seterusnya.

Yang pasti, dalam masyarakat kita ada yang bermurah hati menaja orang lain sama ada saudara mara atau rakan taulan untuk menunaikan ibadat haji.

Persoalannya, adakah pemergian ke Tanah Suci yang bukan untuk melepaskan tanggungjawab wajib, iaitu untuk kali kedua dan seterusnya wajar jika ia boleh menimbulkan fitnah?

Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan pemimpin negara, negeri dan individu yang berjawatan tinggi di sesebuah negeri atau organisasi awam.

Walaupun Islam menyuruh kita husnul zann (bersangka baik) tetapi masih ada kemungkinan pembiayaan oleh pihak tertentu itu boleh mengundang fitnah.

Pastinya, yang terbaik adalah menggunakan wang hasil titik peluh sendiri ke Mekah sebagaimana disebut oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut.

Dengan demikian, tiada siapa boleh mempersoalkan atau boleh membuat sebarang dakwaan.

Dalam fikah ada kaedah yang disebut apabila bertembung dua mudarat hendaklah dipilih yang paling ringan mudaratnya.

Maknanya, dalam pertembungan antara menunaikan haji yang sunat dengan mengelak fitnah, maka hendaklah dibatalkan menerima tajaan haji supaya tidak berlaku fitnah.

Sebabnya, adalah sukar untuk kita membaca apa yang tersirat dalam hati orang lain. Walaupun, dia mengaku ikhlas menaja perjalanan haji kita, siapa tahu ia mungkin 'perangkap' di masa depan.

Apabila sudah termakan budi, sukar bagi pemimpin membuat keputusan yang rasional sekiranya yang menaja kita tadi memohon projek, kontrak dan sebagainya.

Waima jika si penaja itu tadi memang layak berdasarkan kriteria sedia ada. Mulut manusia yang bercakap tentang penajaan kita dulu tidak akan berhenti.

Malah, ulama terkenal kontemporari iaitu Prof. Dr. Yusof Qaradawi tidak menggalakkan umat Islam menunaikan haji lebih daripada sekali.

Kata beliau, adalah lebih afdal wang ringgit itu dibelanjakan ke jalan Allah SWT. Bersedekah, membantu urusan dakwah, membayar zakat serta menjelaskan hutang sesama manusia.

Adalah lebih baik kita memberi peluang kepada orang lain menunaikan kefarduan ibadat haji daripada kita terus menunaikannya berulang kali.

Ia bagi menjaga kepentingan dan mengelakkan kesulitan serta kesesakan kepada jemaah haji di Tanah Suci Mekah.

Tambahan pula, kita di Malaysia terpaksa menunggu lama untuk menunaikan haji disebabkan sistem kouta sedia ada.

Lagipun, Rasulullah SAW hanya menunaikan haji sekali sahaja dalam hidup Baginda. Jadi, ikut sahajalah sunah Nabi ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.