saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 18/11/2009

SPRM diminta siasat salah laku ADUN Sri Tanjung

KOTA KINABALU 17 Nov. - Pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sri Tanjung, Jimmy Wong yang didakwa melakukan salah laku dan melanggar kredibiliti sebagai seorang wakil rakyat.

ADUN Sekong, Datuk Samsudin Yahya mendakwa tindakan wakil rakyat pembangkang itu menggunakan taraf sijil anak negeri bagi membeli tanah berstatus anak negeri amat meragukan dan harus disiasat.

Selain itu, katanya, tindakan juga perlu dikenakan terhadap beliau yang didakwa menceroboh tanah rizab dan kawasan taman permainan bagi mengubah suai kediamannya.

"Saya minta polis dan SPRM siasat bagaimana dia mendapat sijil anak negeri yang diberi kepada bumiputera Sabah sahaja.

"Berdasarkan bukti-bukti yang kukuh dan sahih yang saya kemukakan tadi, saya juga syorkan kepada Dewan supaya hak-hak kelayakan beliau sebagai ahli Dewan dilucutkan serta merta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet Negeri 2010 di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Menurut Samsudin, tindakan salah laku berkenaan harus diberi perhatian serius oleh semua pihak bagi memastikan rakyat di negeri ini tidak tertindas ditipu pembangkang.

Beliau menegaskan, tindakannya itu bukanlah untuk mencari kesilapan mana-mana pihak tetapi sebagai tanggungjawabnya sebagai seorang wakil rakyat.

"Prinsip saya mudah saja, berani kerana benar, takut kerana salah. Jadi kalau ini tidak benar saya cabar Sri Tanjung membuktikannya!

"Kalau terbukti benar, saya cabar beliau meletak jawatan kosongkan kerusi dan biarkan rakyat menentukan kedudukannya," katanya.

Sementara itu, Jimmy Wong ketika ditemui menganggap tuduhan itu tidak berasas dan berunsurkan dendam.

Katanya, beliau sedia memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan mana-mana pihak jika disiasat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.