saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 18/11/2009

Menghasilkan penemuan baru


Sebahagian pelajar dan tenaga pengajar Bengkel Pengenalan Sains Neuro di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kelantan, baru-baru ini.


KOTA BHARU 17 Nov. – Penubuhan Makmal Sains Neuro di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) yang pertama seumpamanya di negara ini merupakan sebahagian daripada usaha meletakkannya dalam kelompok universiti terbaik di dunia pada masa depan.

Ia selari dengan tuntutan terhadap keperluan tenaga pakar dalam perubatan dan penyelidikan berkait dengan penyakit dan kecederaan melibatkan otak, saraf dan sel yang kian mendesak.

Selain berharap kewujudannya sejak 2006 itu dapat menjadi pemangkin kepada penyelidikan bertaraf dunia, ia bagi memenuhi pencapaian sasaran nisbah 10 saintis neuro bagi setiap 100,000 penduduk menjelang 2020.

Makmal pengajaran dan penyelidikan ini di bawah kendalikan Jabatan Sains Neuro yang awalnya hanya ditubuhkan sebagai satu unit pada Ogos 2000 dan berkembang sebagai satu jabatan.


Sebahagian pelajar mendengar penerangan mengenai otak manusia di Bengkel Pengenalan Sains Neuro di Kampus Kesihatan USM, kubang Kerian, baru-baru ini.


Ketua jabatan itu, Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah memberitahu, ia dianggotai barisan pakar bedah neuro, pakar saintis neuro, psikologi neuro, pensyarah, pegawai sains dan pelajar sarjana, kesemua mereka terlibat dalam bidang klinikal, fundamental serta sains neuro gunaan.

‘‘Dengan penubuhan makmal itu, mereka dipertanggungjawabkan menghasilkan penerbitan bermutu tinggi, melatih siswazah lanjutan dan menjalankan penyelidikan yang menggabungkan saintis antara pusat pengajian USM dan universiti tempatan.

‘‘Pembangunan penyelidikan sains neuro di sini juga akan menjana pakar yang berupaya menghasilkan penemuan baru yang bakal meletakkan negara di tempat yang tinggi.

‘‘Lebih banyak kajian berkaitan ilmu sains merangkumi sel-sel otak secara bersendirian, berkelompok berfungsi serta berinteraksi perlu dilaksanakan,” kata beliau.

Beliau menjelaskan, ilmu sains neuro merangkumi bagaimana sel-sel otak ini secara bersendirian, dan berkelompok berfungsi serta berhubung.

Namun menurut beliau, pengetahuan dan penyelidikan sains neuro masih berkurangan di negara ini dan ia perlu dipertingkatkan.

Ilmu psikologi dan minda juga belum diselidik dengan teliti khasnya dalam konteks pemikiran rakyat tempatan.

‘‘Fisiologi neuro iaitu tindak balas sel melalui pelbagai cara antaranya pengaliran cas dan kimia dan penerokaan terapi gen, biologi bahan kimia, asas pertumbuhan sel, kecederaan otak dan saraf tunjang dan kanser yang terlibat secara langsung dengan bidang neuro masih lagi terkebelakang,’’ jelasnya.

Katanya, kajian penyakit serta punca berlaku dapat dilaksanakan berasaskan budaya tempatan dan memberi kelebihan kepada kajian berkenaan, berbeza dengan apa yang dilakukan di negara barat khususnya.


DUA pensyarah, Dr. Muzaimi Mustapha (kiri) bersama Dr. Zulkifli Mustapa menunjukkan cara menggunakan mesin Magnetoencephalography untuk merawat penyakit sawan, kognitif dan pembedahan otak sensitif.


Kini katanya, sekumpulan bakal saintis dalam bidang sains neuro menjalankan penyelidikan dengan menggunakan bahan-bahan tempatan.

‘‘Hasil kajian berkenaan akan dapat digunakan untuk merawat penyakit pada masa hadapan,” katanya.

Menurutnya, tidak semua bakal saintis berkenaan merupakan penuntut perubatan tetapi terlibat pelbagai bidang sains perubatan dan gunaan.

Mereka juga, katanya, merupakan pelajar tempatan yang memilih membuat kajian terperinci melibatkan pelbagai bahan dan herba untuk keperluan tempatan.

Kebajikan pesakit-pesakit neuro turut diambil perhatian sewajarnya dengan tertubuhnya Persatuan Keluarga Neurosains.

Persatuan itu memberi peluang kepada pesakit, ahli keluarga, pengamal perubatan neuro, jururawat, individu perseorangan untuk berinteraksi sihat dalam mewujudkan persekitaran mesra.

Kerjasama daripada doktor dan pakar dalam menyelidik dan merawat pesakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) meninggalkan kesan jangka panjang kepada dunia perubatan di negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.