saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 18/11/2009

Luaskan skop pemikiran pelajar perubatan


Nur Izzah Ghazali, Mohd. Rijalulah, Ameer Firdauss Zulkeflee, Rashidah Zakaria


KOTA BHARU 17 Nov. – “Tiada kajian saintifik yang lebih penting bagi manusia selain kajian terhadap otaknya sendiri. Seluruh pandangan kita terhadap alam semesta bergantung kepadanya.”

Itu pandangan Fancis H.C Crick, pemenang Anugerah Nobel 1962 dalam bidang perubatan yang dikaitkan dengan pengajian sains neuro, suatu bidang yang masih agak asing apabila memperkatakan soal kerjaya bagi kalangan pelajar.

Skop pemikiran dalam bidang ini masih terhad, justeru itu di negara ini jumlah yang menceburi bidang tersebut masih begitu kecil, begitu juga dengan jumlah pakar dilahirkan.

Namun dengan wujudnya Jabatan Neurosains Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tahun 2000 disusuli penubuhan Makmal Sains Neuro 2006, ia cuba membuka luas skop pemikiran masyarakat khususnya para pelajar.

Sehubungan itu, ia telah menggerakkan program Bengkel Pengenalan Sains Neuro saban tahun dengan menyasarkan pelajar sekolah menengah harian sekitar negeri ini.

Bengkel tahunan kali kelapan diadakan di sini baru-baru ini dengan penyertaan 70 pelajar terpilih dari 10 sekolah agama.

Ia dirasmikan Timbalan Dekan (siswazah) Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Prof. Nik Abdullah Nik Mohamad.

Bengkel ini bertujuan membuka skop pemikiran mereka dalam bidang yang disifatkan begitu menarik agar menjadikan pembelajaran mereka lebih relevan.

Penyertaan mereka juga dapat memberi pendedahan tentang pilihan bidang pengajian dan pekerjaan dalam bidang perubatan terutama sains neuro.

Ia membekalkan pelajar dengan pengalaman, nasihat dan motivasi daripada pakar perubatan serta penyelidik.

Program bengkel itu melibatkan lawatan ilmiah ke wad unit rawatan rapi neuro, kajian yang dilakukan di makmal dan pameran di samping sesi pertandingan bagi merangsang minat pelajar.

Salah seorang peserta, Nur Izzah Ghazali 17, dari Maahad Muhammadi, Pasir Mas berkata, dia kini lebih memahami usaha yang perlu dijalankan apabila ingin menjadi seorang pelajar perubatan dan pengkhususan kepada neuro sains.

Katanya, sebelum ini tumpuannya untuk menjadi pelajar cemerlang tetapi ia belum cukup sekiranya ingin komited dalam kerjaya yang begitu menarik dan mencabar.

Pelajar Maahad Amir Indera Putera, Bachok, Mohd. Rijalulah Mohd. Yasin, 16, berkata, dia difahamkan bahawa mengambil bidang perubatan bererti mengkaji tentang keadaan diri sendiri.

Menurutnya, ini mungkin menyenangkan kerana melibatkan diri sendiri seterusnya mengkaji punca penyakit yang dihidapi.

Ameer Firdauss Zulkeflee, 15, berkata, ini kali pertama dia berpeluang menyertai bengkel kerjaya untuk menjadi seorang doktor pada masa depan.

Katanya, dia juga memahami keperluan kepada kajian yang akan membentuk dirinya menjadi saintis suatu hari nanti.

Ujarnya, pencapaian dalam bidang perubatan bakal merangkumi pelbagai aspek kajian.

Rashidah Zakaria, 17, berkata, dia kagum dengan komitmen warga kampus kesihatan dalam mempromosi matlamat dan tujuan bengkel itu diadakan.

Menurut pelajar itu, perkataan neuro sains itu sendiri terlalu asing baginya dan kini ia satu pilihan dalam kerjaya jika mampu mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Sementara itu, seorang guru Maahad Muhammadi Pasir Mas, Fauziah Deraman, 48, berkata, bengkel pengenalan sains neuro berkesan dalam membuka skop pemikiran pelajar terutama dalam memahami ilmu sains dan perubatan.

“Bengkel ini berkesan kerana melibatkan peranan pakar dan penyelidik yang menyampaikan pengalaman serta pengetahuan masing-masing, sekali gus memberi motivasi untuk kejayaan kepada pelajar,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.