saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/11/2009

Tangguh khidmat Badar Haji

MEKAH 18 Nov. - Tabung Haji menangguhkan khidmat Badar Haji atau upah mengerjakan ibadat itu bagi mereka yang terlalu uzur atau meninggal dunia.

Penangguhan khidmat tersebut berikutan Tabung Haji mahu menilai semula bayaran yang akan ditetapkan bagi disesuaikan dengan peraturan baru kerajaan Arab Saudi.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Salleh Abdul Mubin berkata, di bawah peraturan baru, mana-mana pihak yang mahu melaksanakan khidmat Badar Haji perlu berdaftar terlebih dulu dengan Muassassah iaitu pihak yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi bagi menguruskan jemaah dari luar negara.

''Kita mahu melihat dulu berapa yang perlu dibayar kepada pihak Muassassah dan berdasarkan jumlah bayaran itu baru dapat ditentukan kadar baru bagi melaksanakan perkhidmatan Badar Haji. Bayaran yang kita tetapkan sebelum ini ialah kira-kira RM2,500,'' katanya yang juga Pengurus Besar Bimbingan Tabung Haji.

Bercakap kepada pasukan petugas media Tabung Haji di sini, hari ini, Mohd. Salleh berkata, peraturan baru tersebut ditetapkan kerana pihak berkuasa Arab Saudi tidak mahu pelaksanaan Badar Haji dilakukan secara sewenang-wenangnya tanpa ada pengawasan.

Menurut Mohd. Salleh, biasanya orang Melayu, Indonesia atau Pattani yang sudah lama menetap di Mekah digunakan bagi melaksanakan Badar Haji.

Mengenai semakin banyak syarikat di Malaysia yang menawarkan khidmat upah haji, beliau menasihatkan umat Islam memeriksa dengan teliti latar belakang sesebuah syarikat bagi memastikan mereka tidak terpedaya.

''Kita perlu memastikan pihak yang mengambil upah haji itu mengeluarkan sijil apabila selesai melaksanakan bagi pihak keluarga kita yang uzur atau meninggal dunia,'' ujarnya.

Di Mekah, banyak warga Indonesia menawarkan perkhidmatan tersebut dengan bayaran antara RM1,200 hingga RM2,000.

Ramai daripada mereka menunggu di hadapan beberapa hotel dan maktab penginapan yang menempatkan jemaah haji Malaysia dan Indonesia di sini.

Rakyat Indonesia, Wardi, 32, berkata, tidak banyak jemaah yang menggunakan perkhidmatan upah haji pada tahun ini walaupun bayaran yang dikenakan rendah iaitu 1,500 riyal (RM1,485) sahaja.

''Saya sendiri belum ketemu jemaah yang mahu upah haji,'' katanya yang telah 14 tahun menetap di Mekah dan bekerja sebagai pembantu kedai. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.