saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 19/11/2009

Media China puji Obama

BEIJING 18 Nov. - Media kerajaan China hari ini memuji Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kerana membantu meredakan kebimbangan terhadap kekuatan China yang semakin meningkat.

Pujian itu yang diikuti beberapa amaran untuk Obama dibuat agensi berita Xinhua pada hari terakhir kunjungan Presiden AS itu ke China yang menyaksikan sesetengah pihak menjangkakan akan berlakunya perbalahan berhubung mata wang yuan.

Washington menyatakan, yuan dipegang terlalu rendah berbanding dolar berhubung isu menseimbangkan semula ekonomi dunia.

"Persepsi Barat terhadap China telah beransur-ansur berubah dan satu perubahan positif telah wujud apabila Obama telah lebih daripada sekali menyatakan semasa kunjungannya ke Asia bahawa AS tidak akan mengawal kebangkitan China tetapi mengalu-alukan China sebagai pemain yang kuat dan maju dalam masyarakat dunia,'' menurut ulasan akhbar berbahasa Inggeris Xinhua.

Dalam amaran yang ditujukan kepada Obama, Xinhua menyatakan, bukan sahaja China, AS juga perlu belajar daripada kesilapan dan 'mencari jalan baru bagi bersemuka dengan masalah kroniknya sendiri'.

Ulasan Xinhua turut menyatakan bahawa pilihan raya Kongres AS bagi penggal pertengahan tahun depan juga mungkin menggalakkan sikap 'menuding jari dan fahaman perlindungan (protectionisme)' yang ditujukan kepada China.

Obama mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Wen Jiabao hari ini, memberikan beliau peluang untuk menekankan kepentingan ekonomi dan mata wang yang telah ditekankan kepada Presiden Hu Jintao, semalam.

Obama menjelaskan kepada Jintao bahawa beliau mahu melihat pergerakan dalam polisi mata wang China.

Kedua-dua pemimpin itu berkata, tekanan berhubung perdagangan dan kritikan AS terhadap sekatan kemanusiaan China tidak akan membayangi kerjasama dua negara.

Di sebalik semua retorik, pegawai daripada kedua-dua pihak menegaskan bahawa kunjungan Obama tidak akan membawa sebarang perubahan polisi mendadak atau menamatkan perselisihan berkaitan yuan, peraturan anti lambakan AS, dan kritikan Washington terhadap China yang didakwa mengawal hak dan polisi rakyat di Tibet.

Sementara itu, Dalai Lama semalam berkata, beliau menyedari AS mempunyai minat mendalam terhadap Tibet, namun terdapat halangan bagi Washington untuk menyatakan hasrat sebenarnya berhubung hal tersebut.

Ulasan beliau dibuat beberapa jam selepas Obama menyentuh isu tersebut dengan menyatakan kepada Jintao bahawa Washington mengiktiraf Tibet sebagai sebahagian daripada China, namun pada masa yang sama menyokong rundingan antara Beijing dengan wakil Dalai Lama.

Selepas mengakhiri kunjungannya ke China, Obama hari ini akan meneruskan lawatannya ke Korea Selatan. - Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.