saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 19/11/2009

Zambry tempelak Nizar

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menempelak Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana terus mengeluarkan kenyataan yang didakwanya tidak tepat.

Terbaru, Mohammad Nizar berharap Kerajaan Negeri Perak dapat mencontohi Kerajaan Negeri Kelantan yang tetap membantu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) walaupun diterajui bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Zambry, bagi mendapatkan kepastian, beliau terus menghubungi Annuar untuk mendengar sendiri apakah dakwaan Nizar itu benar atau sebaliknya.

''Tan Sri Annuar dengan nada terperanjat sambil ketawa besar dan berkata, fakta dan kenyataan Nizar itu tidak tepat.

''KAFA katanya, tidak pernah terima bantuan kewangan Kerajaan Negeri Kelantan sama sekali. Sepanjang jadi Presiden KAFA, kerajaan negeri tidak bantu dari segi kewangan walaupun Tan Sri pernah hantar surat permohonan.

''Cuma bila Kelantan dapat masuk akhir Piala Malaysia barulah kerajaan negeri tawar pelbagai hadiah termasuk pakej umrah jika menang. Jadi, saya minta Nizar supaya tidak terus memutar belitkan fakta kepada rakyat," dakwanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam laporan sebuah akhbar semalam, Mohammad Nizar berharap PAFA dapat bergerak seperti KAFA yang diterajui oleh Annuar.

Dakwa Mohammad Nizar, walaupun Annuar bukan seorang Menteri Besar atau menteri Kabinet, tetapi Kerajaan Negeri Kelantan yang diperintah Pas masih memberi bantuan kewangan bagi menghidupkan sukan tersebut.

Zambry turut menegaskan, pada dasarnya beliau tidak suka membabitkan sukan bola sepak yang diminati itu sebagai gelanggang politik, bagaimanapun beliau mendakwa Mohammad Nizar terus membuat pelbagai kenyataan yang tidak tepat.

Ini termasuk dakwaan Mohammad Nizar kononnya ada 'tangan ghaib' yang membuatkannya terpaksa melepaskan jawatan Presiden PAFA.

''Saya bagi jaminan kepada Nizar bahawa saya tidak berhasrat mahu menjadi Presiden PAFA atau ghairah macam dia. Jangan bimbang... saya tidak seperti beliau yang teringin terus hendak jadi Presiden PAFA," katanya.

Mengulas lanjut, Zambry juga hairan dengan sikap Mohammad Nizar yang meminta kerajaan negeri memberi bantuan kewangan bagi mengatasi kemelut hutang PAFA.

''Kata tak iktiraf kerajaan negeri sekarang dan saya sebagai Menteri Besar, tapi kini minta pula bantuan. Jadi saya pun tidak tahu orang macam mana Nizar ni," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Kebudayaan dan Sukan, Zainol Fadzi Paharudin berkata, kerajaan negeri tetap akan memberi bantuan kewangan kepada PAFA.

Namun jelasnya, perkara itu perlu dibincangkan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memastikan bantuan tersebut tidak disalahgunakan.

''Isu ini sudah banyak kali berlaku jadi kerajaan negeri akan lebih berhati-hati. Kita mahu wang yang kita salurkan nanti dibelanjakan dengan betul.

''Usaha ini kita lakukan demi memastikan pasukan bola sepak Perak terus kekal dan dapat beraksi pada saingan Liga Super musim depan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.