saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 20/11/2009

Fasa pertama projek Arab City siap April depan

MELAKA 19 Nov. - Fasa pertama pembinaan projek pembangunan Bandar Arab atau Arab City seluas 1.84 hektar di Pulau Melaka di sini berharga kira-kira RM400 juta, kini berjalan lancar dan dijangka siap April depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek fasa pertama daripada keseluruhan tiga fasa dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM1.2 bilion, kini menyaksikan 25 peratus siap.

Menurut beliau, projek itu yang dikhususkan untuk masyarakat Arab itu merupakan beberapa produk pelancongan baru yang dibangunkan bagi menarik lebih ramai pelancong Asia Barat ke negeri ini.

"Projek ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia di mana fasa pertama sahaja dijangka mampu mewujudkan 1,200 peluang pekerjaan.

"Saya juga difahamkan oleh pemaju, Golden Corporate Heritage Sdn. Bhd. (GCSB), semua bangunan di sini akan dilengkapi sistem penghawa dingin, walaupun pada asalnya bukan semua di pasang alat tersebut," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Apabila siap kelak, GCSB dijangka meraih pendapatan tahunan melebihi RM1 bilion berdasarkan kemasukan pelancong berjumlah lima juta orang setahun ke Melaka.

Fasa pertama seluas 1.84 hektar di Pulau Melaka akan dibangunkan sebagai kawasan perdagangan dengan 240 bazar menjual barangan, kraftangan dan makanan.

Dengan nilai pembangunan kasar bernilai RM250 juta, fasa pertama Arab City di Pulau Melaka akan menyaksikan pembinaan sebuah muzium Mesir, taman tema, teater, spa untuk golongan lelaki dan wanita serta 20 restoran makanan asli Arab.

Selain pembangunan Pulau Melaka, projek usaha sama antara kerajaan Melaka menerusi Chief Minister Inc. (CMI) dan Arab City Melaka itu turut melibatkan dua lagi fasa iaitu di Klebang (fasa kedua) dan Kampung Jawa (fasa ketiga).

Projek fasa kedua bernilai RM750 juta seluas 13.6 hektar di Klebang melibatkan pembinaan pusat penjagaan kesihatan dengan dua bangunan perubatan lelaki dan wanita dilengkapi dengan 400 buah katil, 40 buah vila berserta pantai persendirian dan hotel dengan 240 bilik.

Sementara itu, bagi fasa ketiga seluas 1.84 hektar pula, ia akan dibangunkan sebagai sebuah kawasan komersial di Kampung Jawa.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali berkata, selain menarik kedatangan pelancong dari Asia Barat dan negara serantau, projek itu juga memberi peluang untuk masyarakat tempatan mengenali lebih dekat budaya masyarakat Arab.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.