saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 20/11/2009

UPSR: Terengganu atasi negeri lain

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Terengganu terus cemerlang apabila muncul negeri terbaik yang mencatat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat tahun kesembilan berturut-turut.

Daripada sebanyak 23,944 calonnya, sebanyak 3,664 mendapat semua A (15.3 peratus) iaitu peningkatan sebanyak satu peratus berbanding tahun lalu.

Sementara itu daripada 48,171 calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran UPSR di seluruh negara tahun ini, 8,756 daripadanya berada di Selangor menjadikannya negeri terbanyak menyumbang kepada angka keseluruhan tersebut.

Di Johor pula, seramai 6,283 calon mendapat keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran diambil.

Kelantan turut mencatat keputusan membanggakan apabila 5,259 atau 14.31 peratus calonnya di negeri itu memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Di Perak pula, seramai 3,937 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang 5A dan 7A meskipun berlaku penurunan peratusan berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Kedah berjaya mencatatkan peningkatan dengan calon memperolehi A bagi semua mata pelajaran meningkat kepada 3,742 orang (9.36 peratus) berbanding 3,482 orang (8.69 peratus) pada 2008.

Di Pahang, 3,225 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang 5A dan 7A dalam peperiksaan tersebut, manakala sebanyak 20 daripada 533 buah sekolah di negeri itu berjaya mencapai kelulusan 100 peratus bagi tahun ini.

Sementara itu, peratusan calon lulus tahun ini di Pulau Pinang meningkat kepada 67.17 peratus berbanding 65.89 pada tahun sebelumnya.

Seramai 3,177 orang daripada 26,259 murid memperolehi keputusan cemerlang 5A atau 7A manakala 17,638 mencapai tahap penguasaan minimum bagi semua mata pelajaran sekurang-kurangnya Gred C ke atas.

Di Kuala Lumpur, seramai 2,725 pelajar atau 10.98 peratus calon mencapai keputusan 5A bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan 7A bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

SK Setiawangsa mencatat prestasi membanggakan dalam UPSR 2009 apabila 94 pelajarnya mendapat keputusan cemerlang 5A.

SK Convent Bukit Nanas (1) pula muncul sebagai sekolah terbaik bagi kategori 'calon paling ramai memperoleh semua 'A' bagi semua mata pelajaran' di Kuala Lumpur berdasarkan peratusan lebih tinggi meskipun hanya mempunyai 35 calon yang mendapat keputusan semua A daripada 84 calon yang mengambil peperiksaan.

Seramai 2,343 daripada 19,404 calon negeri itu mendapat keputusan cemerlang 5A atau 7A.

Di Kuching, seramai 1,995 calon berjaya mencatat pencapaian penguasaan peringkat A bagi semua mata pelajaran diambil.

Di Melaka pula, seramai 1,411 daripada 15,187 calon lulus dengan cemerlang apabila memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran diambil.

Sabah pula mencatat kemerosotan dari segi bilangan calon yang mendapat A dalam semua mata pelajaran apabila hanya 911 calon mencapai keputusan itu berbanding 995 calon tahun lalu.

Perlis mencatatkan seramai 439 calonnya atau 9.53 peratus daripada 4,607 calon di negeri itu memperoleh pencapaian cemerlang dengan 5A dan 7A.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.