saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 20/11/2009

Seni lipatan napkin


Lipatan dengan bentuk Oriental Fan.


JIKA kita berkunjung ke rumah orang Melayu di kampung dan dihidangkan dengan juadah, pasti turut disediakan dengan air basuh

"tangan yang diletakkan di dalam mangkuk kaca berlapis piring dan sapu tangan kecil.

Semua tahu sebelum mengambil juadah, tangan dicelup sedikit ke dalam air basuh tangan dan kemudian disapu pada sapu tangan.

Demikian cerita Chef Liza Zainol yang ditemui di rumahnya di Jalan Ipoh baru-baru ini bagi berkongsi cerita mengenai kain lap tangan atau napkin.

"Saya masih ingat kata-kata mak saya bahawa meja makan perlu dihias secantik mungkin dan dialas dengan kain saprah. Walaupun lauk tidak seberapa namun masakan mestilah sedap, terasa asam garamnya dan dihidangkan dalam pinggan yang sesuai.

"Sediakan juga air basuh tangan dan kain lap tangan kerana orang Melayu makan dengan tangan. Dahulu sapu tangan yang diletakkan bersama air basuh tangan bercorak kekotak atau kosong dan dibuat lipatan bunga teratai, songkok dan kipas,'' katanya.

Ujar Chef Liza, bagaimanapun zaman sekarang terdapat banyak jenis napkin dengan pelbagai saiz dan warna yang terdapat dalam pasaran.

Ada yang bercorak dan polos. Lipatan napkin ini juga berbeza-beza. Ini dapat dilihat jika kita makan di hotel-hotel atau restoran besar.

"Jika di hotel, napkin yang digunakan adalah daripada jenis tebal, dibuat daripada kain kapas atau linen yang dikanji dan berukuran 13 inci x 13 inci.

"Kalau di rumah semasa menjamu tetamu, kita boleh menggunakan kertas tisu besar juga berukuran sama yang boleh dibuat lipatan. Lebih mudah, selepas digunakan, tidak perlu cuci dan boleh terus dibuang,'' ujarnya.

Menurut Chef Liza lagi, setiap hujung minggu apabila seluruh keluarga berkumpul, beliau pasti akan menghias meja makan lengkap dengan kain lap tangan atau napkin yang dibuat dengan pelbagai bentuk.

Di antara bentuk kain lap tangan yang menjadi kegemarannya ialah Archbishop, Bird of Paradise, Oriental Fan, Banana, Artichoke, Candle dan Pyramid.

Beliau yang telah dididik sejak kecil untuk menghias meja makan berkata, dekorasi meja makan amat perlu lebih-lebih lagi jika seseorang ibu itu mempunyai anak perempuan. Meja makan yang cantik akan menambah selera makan kepada keluarga atau tetamu.

"Jika anda mempunyai beberapa set pinggan mangkuk, jangan disimpan sahaja dalam almari buat hiasan. Dua tiga bulan sekali, tukar set pinggan mangkuk yang anda gunakan setiap hari bagi mengelakkan jemu.

"Ajar anak-anak cara menggunakan napkin semasa makan seperti meletakkan napkin di atas riba supaya anak-anak faham apabila mereka ke restoran atau hotel.

"Saya cadangkan agar setiap ibu menyimpan satu set napkin untuk 12 orang di rumah dan sesekali hias meja makan seperti di hotel dan nikmati hidangan istimewa bersama keluarga bagi mengeratkan hubungan,'' tambah Chef Liza yang memperoleh sijil hiasan kek daripada City of Bath College, United Kingdom.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.