saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/11/2009

SPRM boleh 'lumpuh' - Akhbar

PUTRAJAYA 20 Nov. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin tidak mampu berperanan sebagai sebuah badan penguat kuasa secara berkesan sekiranya hanya dibenarkan menyoal siasat saksi dalam waktu pejabat.

Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Negeri Sembilan, Akhbar Satar berkata, mengehadkan waktu para pegawai SPRM menjalankan tugas hanya akan mengganggu proses siasatan.

Ini kerana katanya, saksi berpeluang menghapuskan keterangan atau bukti dan lebih buruk lagi melarikan diri semasa penangguhan sesi soal siasat.

Beliau menambah, SPRM bukan berperanan seperti jabatan pentadbiran, sebaliknya merupakan sebuah badan siasatan profesional yang memerlukan pegawainya bertugas 24 jam.

"Sebagai badan penyiasat profesional, pegawai-pegawai SPRM sepatutnya dibenarkan menyoal siasat saksi secara menyeluruh sehingga selesai.

"Jika siasatan ditangguh, saksi boleh lari, sorok bukti atau hapuskan keterangan dan ini akan menimbulkan banyak masalah kepada SPRM," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berkuat kuasa semalam, Mahkamah Tinggi memutuskan SPRM tidak boleh lagi menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat seperti diamalkan sebelum ini.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof dalam penghakiman bersejarah itu berkata, tindakan menahan seorang saksi untuk disoal siasat menjangkaui waktu pejabat adalah satu penahanan secara salah di sisi undang-undang.

Mohamad Ariff memutuskan demikian ketika membenarkan semakan kehakiman oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah bagi mendapatkan perisytiharan bahawa SPRM hanya boleh menyiasat saksi dalam tempoh waktu pejabat antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan bukannya selepas tempoh itu.

Akhbar yang juga Presiden Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia memberitahu, badan siasatan terkenal di dunia seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Scotland Yard sendiri tidak pernah mengamalkan teknik siasatan mengikut waktu pejabat.

"Jangan kerana satu kes ini, SPRM sudah dilabel sebagai 'teruk'.

"Mungkin dalam banyak kes, ada beberapa masalah berlaku semasa soal siasat tapi kita juga perlu berlaku adil terhadap SPRM, mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan," ujarnya.

Selain itu jelas beliau, sepanjang pengalaman hampir 20 tahun berkhidmat sebagai pegawai BPR, kebanyakan saksi daripada kalangan kakitangan awam akan sedaya upaya mengelak untuk disiasat semasa waktu pejabat.

"Kadang-kadang mereka ini sibuk pada waktu pagi dan hanya bersedia disoal siasat pada sebelah petang.

"Ada juga yang malu dan curi-curi datang ke pejabat BPR selepas waktu pejabat bagi mengelak bertembung dengan orang ramai," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.