saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 21/11/2009

Murid rabun, albino dapat 5A


Nur Aztul Khazizi bersama dua rakannya Masniah Abdul Khalim (kiri) dan Ahmad Syahmi Zamir Ahmad Zaki dari Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Felda Lurah Bilut, Bentong turut mendapat 5A dalam UPSR, semalam.


BENTONG 20 Nov. - Murid pendidikan khas, Nur Aztul Khazizi, 12, yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membuktikan masalah penglihatan dan kulit tidak menghalangnya untuk meraih keputusan cemerlang.

Selain rabun, murid Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Felda Lurah Bilut itu turut menghadapi masalah kulit albino yang menyebabkan dia tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari.

Malah, kedua-dua masalah itu menjadikan anak keempat daripada lima beradik itu semakin cekal dan berazam untuk menjadi pelajar cemerlang.

"Saya melakukan apa yang rakan-rakan lain lakukan iaitu selain belajar di kelas, saya turut menghadiri tuisyen pada sebelah petang dan malam di sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia dekat sini hari ini.

Dia tidak mempunyai petua khusus untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR itu.

Yang penting, jelasnya ialah memberi tumpuan dalam kelas ketika guru mengajar, mengikuti tuisyen serta tekun membuat ulang kaji di rumah.

Walaupun kulitnya tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari tetapi ia bukan halangan untuk Nur Aztul untuk menyertai aktiviti kokurikulum.

"Saya menyertai Persatuan Puteri Islam dan bermain bola tampar. Saya juga mewakili sekolah ke pertandingan menghafaz al-Quran peringkat daerah Bentong," katanya yang kini menjadi anak yatim setelah bapanya, Khazizi Mohd. Lot meninggal dunia pada 31 Ogos tahun lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.