saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 21/11/2009

Pelajar cacat 5A terima komputer riba

BESUT 20 Nov. - Pelajar cacat yang memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam, menerima sebuah komputer riba sumbangan kerajaan negeri hari ini.

Siti Norfarah Azman, 12, dari Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II (SKTMII) menerima komputer tersebut daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusoif.

Muhammad Pehimi ditemani oleh isterinya, Roslida Daud mengunjungi rumah keluarga pelajar itu di Kampung Terbak, Kampung Raja dekat sini yang turut disertai Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Abdul Halim Hassan dan Guru Besar SKTMII, Mohamad Abdul Wahab. .

Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar SKTMII yang berjaya memperolehi 5A dalam UPSR tahun ini dan menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta sejenis penyakit kerapuhan tulang.

Sejak berada di tahun satu, ibunya, Norhaida Harun, 38, begitu cekal kerana sanggup mendukung Siti Norfarah untuk pergi dan pulang dari sekolah semata-mata tidak mahu anaknya itu terpinggir dari mengikuti pelajaran.

Sebelum ini, Siti Norfarah pernah mengalami patah tulang paha dan tangan kerana terjatuh, namun segala-galanya dihadapi dengan tabah sehingga akhirnya berjaya memperoleh 5A.

Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya sendiri tidak mempunyai banyak harta untuk diwariskan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.