saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 21/11/2009

Tabung Haji sasar sifar jemaah hilang

21/11/2009 2:26pm

MEKAH 21 Nov Tabung Haji mensasarkan sifar jemaah hilang terutamanya daripada kalangan warga emas ketika berhimpun di Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina dalam musim haji tahun ini menerusi pendekatan satu petugas satu jemaah. Pengurus Besar Bahagian Bimbingan Tabung Haji, Tengku Aziz Raja Abdullah berkata pendekatan itu yang diperkenal sejak empat tahun lepas terbukti berkesan dalam mengatasi masalah jemaah haji daripada kalangan warga emas yang sesat jalan atau hilang dari khemah penginapan masing-masing.

Beliau berkata sebelum khidmat itu diperkenalkan empat tahun lalu, berlaku kejadian jemaah haji daripada kalangan warga emas yang hilang atau sesat jalan ketika berwukuf walaupun peratusan yang hilang masih kecil.

"Ada saja laporan jemaah yang hilang ketika itu. Ada yang ditemui selepas empat lima hari kemudian dan pernah berlaku kira-kira sepuluh tahun lalu, jemaah yang hilang tidak ditemui langsung, katanya kepada petugas media Tabung Haji di sini Sabtu.

Justeru, katanya atas dasar prihatin, Tabung Haji memperkenalkan khidmat bantuan secara individu kepada warga emas yang memenuhi beberapa kriteria ditetapkan dan dipilih menerusi sesi temuduga.

Beliau berkata jemaah haji berkenaan akan dinilai menerusi satu temuduga di mana beberapa faktor akan diambil kira seperti tahap kesihatan, kefahaman tentang ibadah haji, tahap mental serta kemampuan untuk berdikari atau sebaliknya.

"Oleh kerana khidmat bantuan ini mempunyai hadnya, jemaah yang dikategorikan warga emas adalah mereka yang berusia 85 tahun ke atas, tidak berupaya menjaga diri dan mengerjakan haji tanpa waris, katanya.

Mengenai bentuk perkhidmatan yang diberikan, Tengku Aziz berkata jemaah warga emas terbabit akan menerima layanan dan kemudahan daripada segi mengerjakan ibadat dengan bantuan seorang mutawif, ditempatkan di khemah khusus, dijaga makan minum dan bantuan lain sehingga ke bilik air.

"Alhamdullillah, sejak perkhidmatan itu diperkenalkan kes-kes kehilangan jemaah ketika berwukuf menjadi sifar, katanya.

BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.