saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/11/2009

Kitar semula dalam Kapten Kit


Bergandingan... Asry sebagai Kapten Kit pertama kali digandingkan dengan Puteri Fateen.


KEBIASAANNYA isu alam sekitar mahupun segala yang menyentuh perihal penjagaan alam sekitar tidak begitu menarik perhatian para penggiat filem mahupun drama untuk dikomersialkan.

Namun, lain pula dengan sutradara yang cukup berpengalaman, Aziz M. Osman.

Mengangkat kisah berkaitan alam sekitar, olahan jalan cerita yang menarik serta lebih segar dilihat sesuatu yang cukup berbeza dengan mana-mana kisah yang pernah dipaparkan di kaca televisyen sebelum ini.

Memulakan pengambaran pada 4 November lalu, Kapten Kit bakal bersiaran di TV3 mulai hari ini (23 November).

Drama 13 episod yang menghiasi slot Aksi pada setiap hari Isnin pukul 9 malam itu dibintangi oleh Asry Azizan (Kassim Selamat atau Kapten Kit), Puteri Fateen Nasuha (Sofea), Munir (Yahaya) dan Kish (Naidu).

Tidak ketinggalan ialah Azie Yahaya (Doktor Tini), Qazem Nor (Nash) dan A.R. Badul sebagai Datuk J.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran siri tersebut yang diadakan di Seksyen 7, Shah Alam baru-baru ini ternyata pengarah itu sedang rancak memberi tunjuk ajar kepada barisan pelakonnya.

Bercerita tentang Kapten Kit, kata Aziz, ia mengambil kisah seorang pemuda bernama Kassim Selamat yang begitu meminati pakar dunia penciptaan, Thomas Edison yang cukup dikenali pada kurun ke-18.

"Thomas Edison seorang yang cukup pakar dalam mereka pelbagai barangan yang di luar kotak pemikiran ketika zamannya.

"Daripada inspirasi itulah Kapten Kit menggunakan barangan terbuang mencipta pelbagai gajet yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan masyarakat di hari muka.

"Kisah ini juga mengajar penonton tentang apa yang telah dibuang tidak semestinya tidak boleh digunakan semula. Itu mesej yang cuba kita sampaikan," kata Aziz.

Ironinya, kata Aziz, nama Kassim Selamat sendiri sudah merupakan nama kitar semula yang pernah digunakan oleh Tan Sri P. Ramlee dalam filem arahannya, Ibu Mertuaku.

Tujuan Kapten Kit bekerja di pusat kitar semula adalah untuk memudahkannya memperoleh pelbagai barang terbuang untuk dijadikan bahan membuat berbagai jenis gajet.

Selain memaparkan isu semasa, menurut Aziz, tidak lupa diselitkan ialah babak-babak percintaan antara Kapten Kit dan Sofea.

"Kebetulan, Sofea begitu sensitif dengan persekitarannya. Malah, dia kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Kapten Kit dalam memelihara alam sekitar.

"Namun, dalam masa yang sama Kapten Kit terjebak dalam cinta tiga segi antara Sofea dan doktor Tini yang pernah merawatnya ketika terkena sisa toksik yang dibawa oleh tikus," katanya.

Tidak lengkap rasanya kisah berlatarkan aksi komedi seperti ini jika tidak diselitkan dengan watak-watak jahat yang sentiasa cuba mencari jalan memusnahkan kehidupan Kapten Kit.

Seperti kisah aksi komedi lain, watak penjahat, Nash sengaja diadakan untuk mencantikkan lagi plot penceritaan kisah tersebut.

Mahu masyarakat menghargai alam

Mengenengahkan isu alam sekitar, bukan satu bebanan buat pengarah berpengalaman itu.

Sebaliknya, dia menganggap itu sebagai tanggungjawab sosialnya dalam memberi pendedahan kepada penonton terutamanya penonton cilik.

"Kisah-kisah aksi ataupun super hero sebegini, sasarannya lebih kepada kanak-kanak.

"Dan apabila isu berkaitan alam sekitar diketengahkan, secara tidak langsung pembelajaran dan mesej itu dapat disampaikan.

"Berbanding golongan dewasa, kanak-kanak lebih mudah dibentuk dan dipupuk.

"Apa yang saya harapkan selepas ini akan lebih ramai yang terdorong untuk menghargai alam sekitar," kata Aziz lagi.

Dalam menghasilkan kisah aksi sebegini, sudah tentu pelbagai idea serta teknik digunakan.

Namun, menurut Aziz, dia tidak banyak menggunakan teknik janaan komputer (CGI) kerana ingin memelihara keaslian jalan cerita yang hendak disampaikan.

"Cuma, kelainan yang saya lakukan ialah menggabungkan idea pengarahan saya dengan Along Hafiz, pengarah yang pernah mengarahkan siri Bong yang disiarkan di TV9.

"Menggunakan dua pengarah saya tidak rasa bakal mengganggu idea mahupun jalan cerita yang ingin disampaikan.

"Dia salah seorang pengarah yang cukup saya percayai kebolehannya. Malah, dia juga mempunyai idea-idea menarik yang boleh diketengahkan dalam cerita tersebut," kata pengarah filem XX-Ray itu.

Along Hafiz bertanggungjawab mengarahkan siri tersebut daripada episod lima hingga 11. Selebihnya, diarahkan oleh Aziz sendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.