saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/11/2009

Sejuta jemaah haji tanpa permit


JAMIL Khir Baharom bertanya khabar jemaah haji ketika meninjau maktab penginapan dan Pusat Operasi Tabung Haji di Hotel Janadriyah, Mekah, semalam.


MEKAH 23 Nov. – Kerajaan Arab Saudi akan berusaha mengatasi masalah lebih sejuta penduduk tempatan yang mengerjakan ibadat haji secara haram setiap tahun tanpa permit.

Kehadiran lebih sejuta rakyat tempatan yang melakukan ibadat itu tanpa permit meningkatkan lagi jumlah jemaah yang berada di tanah suci pada musim haji ini yang dianggarkan lebih tiga juta orang.

‘‘Perbuatan mengerjakan haji secara haram setiap tahun menjadi beban kepada pihak pentadbir kota Mekah. Kehadiran mereka juga menimbulkan masalah kepada jemaah haji yang datang jauh dari luar negara,” kata Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faizal seperti dipetik oleh akhbar Arab News hari ini.

Katanya, pihaknya akan berusaha mengatasi masalah itu termasuk dengan mengadakan kempen supaya penduduk tempatan mengambil permit terlebih dahulu sebelum mengerjakan ibadat tersebut.

Selain kempen, jelas beliau, pihaknya akan memperkenalkan kaedah baru bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan yang belum pernah atau pertama kali mengerjakan haji.

Berdasarkan peraturan, penduduk tempatan yang pernah mengerjakan haji perlu menunggu lima tahun sebelum dibenarkan lagi melakukan ibadat itu bagi mengelak kesesakan di sekitar Masjidil Haram.

Putera Khaled memberitahu, penduduk yang melakukan ibadat haji secara haram biasanya menyelinap masuk melalui kumpulan-kumpulan jemaah dari luar negara bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

‘‘Kerajaan telah membelanjakan berbilion riyal untuk menyediakan pelbagai kemudahan baru di tanah suci Mekah dan Madinah bagi keselesaan jemaah seluruh dunia.

‘‘Kami tidak mahu perbuatan penduduk yang mengerjakan haji tanpa permit ini mencetuskan keadaan tidak menyenangkan kepada jemaah luar,” ujarnya.

Pada perkembangan sama, seorang pegawai kanan Pejabat Gabenor Mekah, Abdul Aziz Abdullah Al-Khudheiri berkata, pihak berkuasa berjaya menyekat sebahagian besar daripada jemaah luar negara dari melanggar visa dengan tinggal lebih lama di tanah suci.

Dalam tempoh empat tahun lalu, katanya, jumlah jemaah yang melanggar visa haji telah berjaya dikurangkan sebanyak 80 peratus iaitu dari 480,000 kepada 40,000 orang.

Menurut beliau, antara langkah dilakukan untuk menghalang gejala itu adalah menyebarkan mesej kepada pihak yang bersekongkol dengan jemaah haji yang melanggar visa bahawa perbuatan mereka turut mencemarkan ibadat haji, selain mengancam mengenakan hukuman berat.

‘‘Hukuman berat adalah jalan terakhir yang akan kami lakukan,” tegasnya. – UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.