saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 24/11/2009

Tragedi Masjid Babri: BJP didakwa dalang

NEW DELHI 23 Nov. - Sesi persidangan Parlimen India terpaksa ditangguhkan dua kali hari ini ketika membincangkan tentang pendedahan siasatan kerajaan mengenai peristiwa merobohkan Masjid Babri pada 1992 yang didedahkan oleh akhbar yang menyalahkan pemimpin politik atasan.

Laporan Suruhanjaya Liberhan itu dikatakan telah melibatkan pemimpin kanan nasionalis Hindu dari Parti Bhartiya Janata (BJP) termasuk Atal Behari Vajpayee, LK Advani dan Murli Manohar Joshi.

Laporan itu juga telah diserahkan kepada Perdana Menteri Manmohan Singh pada Jun lalu, selepas satu siasatan yang berpanjangan hampir 17 tahun. Ia dirancang untuk dipertimbangkan Parlimen semasa sesi persidangan musim sejuk ini.

Butiran penemuan suruhanjaya itu disiarkan oleh akhbar Indian Express hari ini dan beberapa saluran berita turut memaparkan petikan akhbar tersebut pada waktu tengah hari.

Laporan tersebut mencetuskan kekecohan di Parlimen, yang menyaksikan sesi persidangan ditangguh dua kali selepas ahli BJP menuduh kerajaan membocorkan laporan berkenaan.

Pemimpin-pemimpin BJP berkata, parti pemerintah, Parti Kongres bermain 'taktik kotor' dan mengatakan parti itu membocorkan laporan tersebut dengan tujuan mendapatkan kelebihan dalam pilihan-pilihan raya negeri akan datang di bahagian timur Jharkhand.

"Saya tergamam. Saya terkejut melihat laporan itu dibocorkan. Saya mahu tahu siapa yang telah membocorkannya. Saya juga menyifatkan kerja-kerja merobohkan masjid itu sebagai hari yang paling sedih dalam hidup saya,'' kata Advani di Parlimen.

Sesi Parlimen turut menyaksikan kekecohan dengan ahli-ahli BJP menuntut pertimbangan segera untuk satu laporan penuh.

"Ini adalah satu kebocoran maklumat dan bagi saya ia dilakukan dengan motif politik. Jalan terbaik ialah kerajaan harus mengemukakan laporan penuh di Parlimen dan menjelaskan tindakan apakah yang akan diambil berdasarkan laporan itu,'' kata Joshi.

Suruhanjaya Liberhan ditubuhkan bagi menyiasat peristiwa tersebut yang mendorong penganut fanatik Hindu merobohkan masjid yang menjadi pertikaian di utara bandar Ayodhya pada 6 Disember 1992.

Tindakan merobohkan masjid berkenaan telah membawa kepada rusuhan berleluasa serta pertempuran ganas antara masyarakat Hindu dan Islam yang mengorbankan lebih 2,000 nyawa. - Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.