saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 24/11/2009

Dr. Fadzila raih Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin


Dr. Fadzila Azni Ahmad bersama ibu, Norishah Mat Thani dan bapanya, Ahmad Osman gembira setelah diumum penerima Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin Yassin 2009 di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Nov. – Usaha keras Dr. Fadzila Azni Ahmad selama enam tahun menyiapkan sebuah tesis bermutu tinggi ternyata berbaloi apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Tesis Terbaik Tan Sri Muhyiddin Yassin 2009 yang julung kali diperkenalkan.

Bukan sahaja meraih pengiktirafan berprestij, kemenangan tersebut juga membolehkan Fadzila Azni Ahmad, 37, menggondol hadiah lumayan medal emas bernilai RM10,000 dan wang tunai RM5,000.

Tesis beliau berjudul Kaedah Pengurusan Institusi-Institusi Pembangunan Berteraskan Islam Di Malaysia dihasilkan bagi melengkapkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Pemilihan tesis itu berdasarkan mutunya yang tinggi serta mempunyai sumbangan besar kepada perkembangan ilmu Islam secara signifikan.

Ini berdasarkan kriteria yang ditetapkan pihak penganjur iaitu Yayasan Nurul Yaqeen dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen menyampaikan hadiah tersebut kepada Fadzila Azni pada majlis penyampaian anugerah itu yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengarah ISDEV, Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh, Pengarah Yayasan Nurul Yaqeen, Nor Zanah Jamari serta Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Nurul Yaqeen.

Anugerah tahunan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu peringkat PhD dan Sarjana itu adalah satu-satunya pengiktirafan kepada penulisan tesis terbaik dalam bidang keilmuan Islam peringkat nasional.

Ia bertujuan merangsang, mengiktiraf dan menerbitkan tesis ijazah tinggi berkaitan Islam yang berkualiti sehingga boleh dimanfaatkan para pelajar ijazah tinggi, penggubal dasar dan pelaksana dasar.

Sementara itu, Fadzila Azni, anak kelahiran Kuala Lumpur yang ditemui selepas majlis tersebut berharap tesis beliau akan melahirkan sebuah model pengurusan mengikut ajaran Islam yang sesuai untuk diamalkan oleh institusi Islam.

Katanya, dalam menyiapkan tesis itu, 20 institusi Islam dikaji termasuk bank dan jabatan kerajaan berkaitan, tetapi didapati model pengurusan yang diguna pakai adalah berdasarkan konsep barat.

Menurutnya, sedangkan falsafah di sebalik model pengurusan barat hanyalah memenuhi tuntutan dan keperluan manusia termasuk pengguna mereka sahaja.

‘‘Falsafah model pengurusan Islam sebaliknya meletakkan tuntutan Allah sebagai keutamaan teratas dan matlamat kedua barulah kepada memenuhi kehendak manusia.

‘‘Justeru, saya merancang untuk membukukan tesis ini untuk membolehkan ia menjadi panduan kepada institusi Islam khususnya dan juga umat Islam keseluruhannya,’’ katanya.

Ditanya rahsia kejayaannya itu, Fadzila Azni, anak kepada seorang pesara kerajaan berkata, ia hasil kekuatan rohani selain tunjuk ajar pensyarah pembimbing di USM.

‘‘Kita tidak boleh dapat kejayaan jika hanya menumpukan kepada usaha sahaja sedangkan aspek kerohanian iaitu agama dan hubungan dengan ibu bapa tidak disempurnakan terlebih dahulu,” katanya sampil mengucapkan syukur dan terima kasih kepada pihak penganjur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.