saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/11/2009

Pelajar duduki SPM terbunuh

KUANTAN 24 Nov. - Seorang pelajar yang baru selesai menduduki kertas peperiksaan Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang, Temerloh, semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 10 pagi sejurus selepas mangsa, Hoo Chee Chien, 17, (gambar) keluar dari sekolah itu untuk makan di kedai berhampiran dengan menunggang motosikal.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, ketika kejadian, pemandu lori yang membawa muatan limau nipis itu datang dari arah Jalan Syed Abdullah menuju ke Jalan Mempateh, Temerloh.

"Apabila sampai di depan sekolah, mangsa keluar dari simpang berkenaan dengan tiba-tiba menyebabkan pemandu lori itu gagal mengelaknya.

"Mangsa kemudian tercampak di atas jalan dan mengalami cedera parah di kepala dan muka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Menurut Mohamed Fauzi, mangsa yang berasal dari Kampung Baru, Lanchang itu dipercayai tidak memakai topi keledar semasa kejadian.

Tambahnya, mangsa yang baru sahaja selesai menduduki kertas Matematik, dipercayai keluar dari kawasan sekolah itu untuk makan di kedai berhampiran sementara menunggu kertas peperiksaan selanjutnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.