saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 25/11/2009

Pernah ada lautan di Planet Marikh

WASHINGTON 24 Nov. - Sebuah peta baru Marikh yang lebih lengkap menunjukkan pernah wujud lautan luas di sebelah utara dan kawasan lembah di garisan khatulistiwa planet itu, memberi pembayang bahawa planet itu pernah memiliki iklim lembap dan hujan.

Peta yang dihasilkan oleh komputer itu berdasarkan data dari satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), turut menunjukkan rangkaian lembah di planet berwarna merak itu adalah dua kali lebih luas berbanding anggaran sebelum ini.

"Kewujudan lembah menunjukkan berlakunya hakisan akibat hujan, proses sama yang membentuk lembah di planet kita.

"Hanya satu lautan yang wujud di kawasan hemisfera utara menunjukkan mengapa terdapat had di sebelah selatan yang penuh dengan rangkaian lembah," kata seorang profesor geografi di Universiti Northern Illinois, Wei Lou.

Katanya, bahagian paling selatan Marikh adalah jauh daripada kawasan berair dan hanya mendapat sedikit hujan dan tidak mempunyai lembah.

Tambah Lou, hujan hanya turun di kawasan laut dan sedikit kawasan darat yang berdekatan sekali gus membentuk kawasan lembah mengelilingi bahagian tengah planet tersebut.

Laporan ini disiarkan dalam Jurnal Penyelidikan Geofizik.

Sejak kapal pemerhati Mariner 9 milik NASA menemui rangkaian lembah di Marikh pada 1971, timbul pertikaian sama ada ia wujud akibat hakisan laluan air hasil daripada kelembapan dan hujan atau melalui cara hakisan air bawah tanah yang boleh berlaku dalam cuaca sejuk dan kering. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.