saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 25/11/2009

RON95 sesuai digunakan di negara ini

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Pandangan bahawa petrol RON95 tidak sesuai untuk kenderaan import, mewah serta kenderaan lain secara amnya adalah salah kerana kebanyakan enjin kenderaan di negara ini menggunakan teknologi sesuai dengan petrol itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe menjelaskan, penggunaan RON minimum yang sesuai memastikan pembakaran berlaku tepat pada masa seterusnya mengelakkan fenomena ketukan pada omboh enjin.

‘‘Oleh itu, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada keupayaan enjin secara optimum.

‘‘Justeru, tanggapan pengguna terhadap penggunaan RON95 yang merosakkan enjin adalah tidak tepat,” katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mengenai sama ada benar RON95 boleh merosakkan enjin dan mengapa tidak terdapat banyak stesen Petronas yang menjualnya berbanding RON97.

Lian Hoe bagaimanapun menambah, kementerian tidak bercadang menghentikan penjualan RON97 memandangkan masih terdapat pengguna yang memerlukan petrol itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.