saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 25/11/2009

Speaker terima penggantungan pilihan raya kecil Kota Seputeh

25/11/2009 4:58pm

ALOR SETAR 25 Nov. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail menerima dengan terbuka perintah penggantungan sementara Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Beliau berkata, keputusan penggantungan yang dibuat semalam, ada rasionalnya kerana mahkamah telah memberi alasan yang munasabah.

"Mahkamah Tinggi telah membuktikan saya betul tetapi saya tidak tahu bagaimana dengan keputusan Mahkamah Rayuan nanti, katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak boleh berbuat apa-apa jika kes itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana segalanya terletak dalam bidang kuasa mahkamah.

"Tetapi secara rasmi memang kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan sepatutnya ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana rakyat perlu ada wakil mereka, katanya.

- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.