saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 26/11/2009

Amalkan pemanduan berhemah

MELAKA 25 Nov. - Pengguna jalan raya di negeri ini diminta mengamalkan pemanduan berhemah ketika musim cuti persekolahan dan sambutan Hari Raya Aidiladha Jumaat ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Norazle Sulaiman berkata, peningkatan kadar jumlah trafik dijangka berlaku kerana tumpuan orang ramai membawa keluarga bercuti ke negeri ini.

Beliau juga meminta pengguna berhati-hati kerana keadaan jalan raya yang basah dan licin akibat musim hujan ketika ini.

''Risiko berlaku kemalangan adalah tinggi jika pengguna jalan raya tidak memberikan sepenuh perhatian dan mengamalkan sikap berwaspada ketika memandu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar tidak membenarkan anak mereka yang belum layak memiliki lesen memandu untuk memandu kereta atau menunggang motosikal.

Kebimbangan JKJR kata Norazle, kepada para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mereka terdedah kepada kemalangan maut apabila memandu kereta dan menunggang motosikal tanpa memiliki lesen.

Menurutnya, amalan memandu dan menunggang motosikal tanpa lesen adalah menjadi satu kesalahan serius di sisi undang-undang.

''Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah Seksyen 26(1), tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan di jalan raya melainkan jika mereka adalah pemegang lesen memandu kenderaan," katanya.

Di bawah Seksyen 26(2) katanya, mereka yang disabitkan dengan kesalahan tersebut boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.