saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/11/2009

Arwah minta bawa kain sembahyang ke kampung


ibu kepada Marlizatul Akmar; Saleha Tahir dipimpin sanak-saudara di bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang, semalam.


KUANTAN 27 Nov. – “Saya tidak tahu apa tujuan sebenar arwah menyuruh kakaknya membawa bersama kain sembahyang untuk pulang beraya di kampung sedangkan di rumah neneknya itu sudah ada (kain sembahyang).”

Itulah permintaan terakhir pelatih jururawat, Marlizatul Akmar Mohamad, 23, salah seorang daripada tiga yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 39, Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran sebuah stesen minyak di Cherating dekat sini kira-kira pukul 6.45 pagi ini.

Menurut bapanya, Mohamad Abdullah, 49, dia tidak menyangka anak ketiga daripada lima beradik itu meninggal dunia dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung neneknya di Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu.

“Menurut tunang mangsa, Laskar Udara Mohd. Nasir Abdul Hager, 28, yang merupakan seorang anggota tentera dari Kedah, dia akan mengambilnya di Kuala Lumpur dan pulang ke Kuala Terengganu melalui Jalan Gerik, Perak.

“Tetapi saya tak sangka tiba-tiba mereka menukar laluan tanpa memaklumkan kepada saya dengan mengikut jalan sini (Kuantan),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan tersebut selain Marlizatul Akmar ialah Mohd. Nasir dan Nursurwani Jalir, 21.

Seorang lagi rakan mereka, Laskar Udara Saiful Zazeeleen Che Yusof, 23, sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kerana kecederaan parah di kepala.

Mohamad juga tidak menyangka kemalangan yang dilihatnya di depan mata di Cherating kira-kira pukul 8 pagi ini melibatkan anaknya.

Ketika itu, jelasnya, dia dan keluarga dalam perjalanan dari Gambang di sini untuk pulang beraya ke kampung di Kuala Terengganu.

“Semasa perjalanan saya terlihat ada kemalangan dan ternampak trak penunda menarik sebuah lori. Saya teruskan perjalanan seperti biasa kerana tidak menyangka ia membabitkan anak saya.

“Kira-kira pukul 10 pagi ketika saya sekeluarga berhenti makan di Kijal, Terengganu, seorang jiran menghubungi dan memaklumkan bahawa anak saya maut dalam kemalangan tersebut,” ujarnya sambil menitiskan air mata.

Mengikut rancangan asalnya, tambahnya, mereka sekeluarga bersama Marlizatul Akmar akan bertemu dan beraya di rumah neneknya.

“Nampaknya, hasrat untuk berkumpul anak beranak bersama nenek mereka tidak kesampaian,” jelasnya.

Sementara itu, jenazah mangsa akan dikebumikan di Sri Fajar, Gambang di sini selepas solat asar petang ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.