saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/11/2009

Pemandu lori pasir maut bertembung lori balak

KOTA TINGGI 27 Nov. - Seorang pemandu lori pasir maut apabila kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori balak tanpa muatan di Kilometer 45, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Kampung Bukit Samsu di sini semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 5.40 pagi itu, Malik Sapulizam Mohamad, 42, yang berasal dari Tanjung Sedili di sini, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kaki selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, siasatan awal mendapati lori yang dipandu Malik dari Mersing dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

Katanya, akibat rempuhan itu lori balak tanpa muatan yang dipandu oleh Chong Swee Seong, 64, terputus dua bahagian.

"Chong dikatakan tercampak keluar dari tempat pemandu dan jatuh ke dalam parit konkrit sedalam 3.5 meter di bahu jalan.

"Nasib warga emas itu baik kerana terselamat walaupun mengalami kecederaan serius, paras air dalam parit itu juga sedikit sebelum dia dibawa naik oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Osman Muhammad berkata, kedua-dua kenderaan berat yang merintangi laluan di lokasi kejadian telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas hampir sejam kerana pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa daripada kenderaan yang remuk itu.

Beliau berkata, pada mulanya kerja memotong kerangka lori pasir itu gagal disebabkan kedua-dua kepala lori itu terhimpit rapat.

Namun pasukan penyelamat akhirnya dapat merenggangkan kenderaan itu sebelum mengeluarkan mangsa dengan bantuan lori pasir lain yang turut membantu menarik kenderaan.

Katanya, jenazah Allahyarham Malik kemudian dituntut ahli keluarga di Unit Forensik HKT tengah hari semalam untuk dikebumikan di Tanjung Sedili di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.