saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/11/2009

Isu BTN: Tindakan pengecut

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Tindakan terbaru kerajaan negeri Selangor dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dalam isu berkaitan Biro Tata Negara (BTN) jelas memperlihatkan yang pembangkang kini semakin tidak tentu hala dalam usaha mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka.

Bekas Ketua Pengarah BTN, Datuk Kamarudin Kachar berkata, sepatutnya jika pembangkang yakin yang mereka kuat maka mereka tidak perlu menyerang BTN dengan tuduhan yang bukan-bukan.

Kata beliau, apa yang berlaku sekarang ini tidak lain hanyalah gelagat orang yang tidak mempunyai keyakinan untuk berhadapan kekuatan pihak lawan atau dalam erti kata lain tindakan orang pengecut.

''Orang pengecut yang menuduh bukan-bukan. Kalau kita kuat, buatlah kursus BTN sepanjang tahun pun, apa nak takut. Nampak ini tanda-tanda jelas yang mereka takutkan pengaruh politik merosot, jadi mula melatah tuduh tak tentu hala.

''Sedangkan orang macam Kit Siang tuduh BTN atas dasar apa? Apa yang dia tahu pasal BTN? Apa bukti dia? Saya bimbang orang yang suka menghasut dengan menuduh yang bukan-bukan kepada sebuah agensi kerajaan seperti BTN inilah sebenarnya penyekat keharmonian,'' katanya di sini, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam laman blognya hari ini menggesa Perdana Menteri supaya menutup terus BTN jika ikhlas mahu melihat gagasan 1Malaysia berjaya memandangkan dakwanya, BTN banyak menyekat perpaduan rakyat berbilang kaum.

Langkah yang dilihat oleh setengah pemerhati sebagai luahan kebimbangan terhadap pengaruh politik mereka itu adalah susulan daripada tindakan kerajaan negeri Selangor kelmarin yang melarang pekerja dan pelajar institusi negeri itu menyertai kursus BTN.

Mereka mendakwa kursus itu sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman.

Mengulas lanjut gesaan Kit Siang itu, Kamarudin yang menjawat jawatan Ketua Pengarah BTN dari 1988 hingga 1992 berkata, tuduhan itu amat dangkal kerana BTN mempunyai matlamat untuk melahirkan rakyat yang taat setia kepada negara tanpa berbelah bahagi.

Selain itu, katanya, di dalam modul kursus BTN ditekankan soal kerohanian iaitu ketaatan kepada Allah bagi yang beragama Islam, melatih disiplin diri di samping menyemai semangat bersatu padu antara rakyat berbilang kaum bagi membina negara Malaysia yang berjaya.

''Jadi tidak wajar BTN ditutup dan kursus diberhentikan. Saya sebagai bekas Ketua Pengarah BTN menentang sekeras-kerasnya gesaan Kit Siang itu dan saya berani katakan yang dia tidak faham.

Mengulas mengenai beberapa pegawai kanan BTN yang kini berada dalam pimpinan pakatan pembangkang, Kamaruddin yang juga Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) berkata;

''Itulah, saya pun tak tahu apa penegasan mereka, macam rela membiarkan orang mengata diri sendiri. Ada antaranya pernah jadi timbalan saya, ada jadi pegawai saya macam Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani)."

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.