saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/11/2009

Inspektor antara 3 maut nahas

IPOH 28 Nov. – Hanya selang kira-kira sembilan jam kemalangan meragut tiga nyawa di Cherating pada Hari Raya Aidiladha semalam, tiga lagi maut termasuk seorang pegawai polis dalam nahas di Kilometer 35.6 Jalan Kuala Kangsar-Gerik dekat Lenggong.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 4 petang semalam itu meragut nyawa Inspektor Mat Saufi Mohamad, 28, dan isterinya, Fuziani Abdul Latif, 28.

Turut terbunuh Halijah Hamzah, 57, penumpang Nissan Bluebird yang dipandu oleh suaminya. Kemalangan itu juga menyebabkan lima yang lain cedera.

Mat Saufi bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, manakala isterinya seorang jururawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun berasal dari Kampung Permatang, Pasir Putih, Kelantan dan Halijah berasal dari Felda Lawin Selatan, Gerik.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Mahad Nor Abdullah berkata, mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Menurut beliau, lima mangsa yang cedera pula ialah suami Halijah iaitu pemandu kereta Nissan Bluebird, Mohamad Man, 60, dan dua anaknya Norazira, 20; dan Norzaihan, 18.

Turut tercedera ialah dua anak saudaranya iaitu Norhanim Yakob, 25, dan Noradrina Alisa Hairul Azuddin, 2, yang kini dirawat di Hospital Taiping.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Perdana yang dipandu oleh Mat Saufi dipercayai gagal dikawal lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan. Kereta itu kemudian bertembung dengan kereta jenis Nissan Bluebird dari arah hadapan.

“Ekoran kejadian itu, Mat Saufi meninggal dunia ketika dikejarkan ke Klinik Kesihatan Lenggong, manakala isterinya dan Halijah yang juga cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Gerik membantu mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit di dalam kedua-dua kereta itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.