saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/11/2009

Remaja maut, motosikal dirempuh

KUANTAN 28 Nov. - Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 14.5, Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Penor dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa Muhammad Nuridham Waris, 18, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Pekan.

"Ketika tiba di lokasi nahas, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan tetapi gagal lalu memasuki laluannya kembali.

"Bagaimanapun motosikalnya bergesel dengan sebuah motosikal lain menyebabkan dia hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkifli berkata, motosikal mangsa kemudian dirempuh oleh sebuah kereta yang datang dari arah hadapan.

Katanya, akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah.

Katanya lagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi bedah siasat.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.