saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/11/2009

Siapa ungguli Anugerah Skrin 2009?


JALAN Pintas Ke Neraka lakonan Remy Ishak dan Rita Rudaini tercalon bagi kategori Drama Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama dan Pelakon Wanita Terbaik Drama.


MEMPERTANDINGKAN 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman, Anugerah Skrin 2009 bakal memperlihatkan saingan sengit pencalonan yang pemenangnya dipilih melalui penjurian profesional.

Tahun ini kategori drama memperlihatkan peningkatan jumlah kategori sebanyak 10 berbanding hanya sembilan kategori tahun lalu dengan memperkenalkan Anugerah Videografi Terbaik.

Sementara jumlah kategori filem yang dipertandingkan pula kekal sebanyak tujuh dan enam kategori bagi penerbitan dalaman.

Untuk kategori drama, 17 buah drama, 14 drama rantaian dan 5 drama komedi telah dicalonkan. Antara drama-drama yang terpilih bertanding termasuk Jalan Pintas Ke Neraka, Terlerai Takbir Kasih, Tersasar Di Jalan, Alah Cinta, Serunding Cik Kiah, Suara Dari Kubur dan Halimah Jongang.

Bagi kategori penerbitan filem pula sebanyak 22 filem layak dipertandingkan pada majlis penganugerahan kali ini antaranya I'm Not Single, Susuk, Kami The Movie, Senario The Movie-Episod 1, Budak Kelantan, Wayang, Selamat Pagi Cinta dan Antoo Fighter.

Tidak ketinggalan filem-filem Los & Faun, Cicakman 2-Planet Hitam, Histeria, Brainscan, Maut, Sifu & Tongga, Geng (Animasi 3D), Rasukan Ablasa, Jin Hutan, Talentime, Jangan Tegur, Bohsia...Jangan Pilih Jalan Hitam, Syurga Cinta dan Jangan Pandang Belakang Congkak.

Siapa layak

Beberapa drama dianggap mempunyai peluang cerah untuk mengungguli kategori drama terbaik antaranya Takbir Rindu yang turut mencalonkan Fauzi Nawawi untuk berebut trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama.

Drama arahan Erma Fatima yang turut mencalonkannya sebagai Pengarah Terbaik Drama, Tersasar Di Jalanmu yang ditayangkan di RTM juga dikatakan mempunyai harapan cerah untuk menggondol kategori drama terbaik berentap dengan Rashid Sibir bagi drama Al-Kiswah serta Murali Abdullah (Tak Serupa Tapi Sama).

Selain itu Suara Dari Kubur, Selangkah Ke Syurga dan Rahsia Gambar juga antara calon bagi merebut kategori drama terbaik Anugerah Skrin 2009 kali ini.

Sementara Que Haidar melalui drama lakonan Terlerai Takbir Kasih, Fizz Fairuz (Tak Serupa Tapi Sama), Eizlan Yusof (Jalan Pintas Ke Neraka) dan Jalil Hamid (Al-Kiswah) serta Rusdi Ramli (Chef Masin Pahit 4 Rasa) bakal berentap bersama Fauzi bagi merebut kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama.

Kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama pula memperlihatkan saingan antara aktres berbakat Sheera Iskandar (Halimah Jongang) dan Watie Elite (Selangkah Ke Syurga) bersama-sama pelakon berpengalaman antaranya Nor Khiriah (Terlerai Takbir Kasih), Norlia Ghani (Al-Kiswah) serta Rosnah Mat Aris dan Kartina Aziz masing-masing untuk drama Tersasar Di Jalanmu dan Mama Nenek.

Aktor muda Remy Ishak (Jalan Pintas Ke Neraka) pula dilihat mempunyai harapan cerah untuk merebut kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama biarpun terpaksa bersaing dengan pelakon berpengalaman Ahmad Tarmimi Saregar yang juga tercalon untuk drama yang sama selain Fahrin Ahmad yang mempertaruhkan Al-Kiswah.

Lisdawati dan Vanidah Imran melalui drama Terlerai Takbir Kasih dan Al-Kiswah pula dianggap calon kegemaran bagi merebut kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama.

Bagi filem pula, Talentime, arahan Yasmin Ahmad yang bersaing dengan Susuk (Naeim Ghalili & Amir Muhammad), Maut (Bade Haji Azmi), Budak Kelantan (Wan Azli Wan Jusoh), Kami The Movie (Efeendy Mazlan) dan Wayang (Hatta Azad Khan) dikatakan mempunyai harapan tinggi untuk menggondol kategori Filem Terbaik.

Mempertaruhkan Wayang, Eman Manan memberi saingan sengit bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik yang turut mencalonkan Farid Kamil (I’m Not Single), Mohd. Asrulfaizal (Budak Kelantan) dan Mahesh Jugal Kishor (Talentime) serta Adlin Aman Ramlie (Los dan Faun/Susuk)

Melihat kepada senarai pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Liyana Jasmay yang menggondol kategori yang sama pada Festival Filem Malaysia yang lalu dianggap memiliki kekuatan tersendiri untuk meraih kategori ini dengan mempertaruhkan dua filem iaitu Kami The Movie dan Histeria.

Mengenang Yasmin Ahmad

Bertemakan Hikayat Seribu Satu Malam, majlis penganugerah yang bakal berlangsung 4 Disember ini juga memperlihatkan sedikit kelainan.

Selain memperkenalkan kategori Videografi Terbaik bagi drama dengan tujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni videografi sekali gus memberi galakan kepada mereka untuk menghasilkan kualiti kerja dalam usaha menghasilkan karya yang bermutu tinggi.

Juga diperkenalkan adalah Anugerah Yasmin Ahmad bagi mengenang dan menghargai jasa dan sumbangannya dalam dunia perfileman tempatan terutama dalam penghasilan filem berkualiti serta memperkenalkan bakat-bakat baru di dalam filem terbitannya.

Justeru, trofi ini akan dianugerahkan kepada bakat-bakat baru yang berpotensi besar di dalam industri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.