saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/11/2009

Penghargaan kepada Warner Music




TERLEBIH dahulu ingin saya mengucapkan syabas dan setinggi penghargaan kepada pihak Warner Music Malaysia kerana telah menerbitkan album kompilasi Memori Hit Ahmad Fauzee.

Saya merupakan salah seorang peminat Ahmad Fauzee kerana suaranya yang unik. Saya mula minat dengan lagu-lagu ciptaan dan nyanyian Ahmad Fauzee sejak tahun 1989 lagi. Ketika itu usia saya 12 tahun.

Hampir semua album nyanyian Ahmad Fauzee, saya miliki bermula daripada Pancha Sitara III, Ahmad Fauzee, Ahmad Fauzee, Siapa Punya, Ahmad Fauzee & Azlina Aziz Mengenang Aziz Jaafar dan Normadiah Vol I & II, Original Soundtrack - Kolej 56, Original Soundtrack Panggilan Pulau (lagu-lagu P. Ramlee nyanyian Ahmad Fauzee), Original Soundtrack Jimi Asmara (lagu-lagu R.Azmi nyanyian Ahmad Fauzee) hingga album nasyid Pedoman (Ahmad Fauzee, Nassier Wahab, Syed Sobrie dan Ebby Saiful).

Begitu juga dalam bidang perfileman melalui lakonan dan filem arahan seperti Kolej 56 dan Panggilan Pulau serta Red Haired Tumbler Di Malaya.

Selain Album Memori Hit Ahmad Fauzee, pihak Warner Music Malaysia juga telah menerbitkan album Nostalgia Abadi Ahmad Fauzee Dulu, Kini Dan Selamanya yang menampilkan 16 lagu-lagu ciptaan dan nyanyian Ahmad Fauzee. Di samping itu terdapat juga nyanyian duet Ahmad Fauzee dan Azlina Aziz.

n Aziraf Nawri, Seremban, Negeri Sembilan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.