saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/11/2009

Dilengkapi peralatan canggih, moden


Dr. Nordin Kardi (tengah) melepaskan pelumba selepas merasmikan litar go-kart antarabangsa Universiti Utara Malaysia di Sintok, baru-baru ini.


SINTOK 29 Nov. – Mahu menjadi pelumba Formula Satu (F1)? Mungkin impian murni ini boleh tercapai sekiranya peminat-peminat F1 mendalami terlebih dahulu asas-asas perlumbaan menerusi pembabitan awal termasuk dengan menyertai sukan go-kart.

Namun, ramai yang mungkin sukar untuk mengenali lebih dekat sukan go-kart kerana kemudahan seperti trek dan kelengkapan berlumba begitu terhad di sesebuah kawasan atau negeri.

Sehubungan itu, bagi mendedahkan masyarakat khususnya generasi muda tentang sukan pemotoran khususnya membantu negara melahirkan pelumba berpotensi, Universiti Utara Malaysia (UUM) membina sebuah litar go-kart di atas tapak seluas 2.4 hektar pada 2004 yang kemudian siap sepenuhnya pada 2006.

Litar berharga RM2 juta yang dibiaya sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu dijangka dapat merealisasikan minat generasi muda termasuk pelajar sekolah untuk menceburi sukan bermotor.

Ini sekali gus mengelakkan mereka daripada terlibat dalam gejala tidak sihat seperti menjadi mat rempit.

Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi memberitahu, litar yang mempunyai trek sepanjang 1.2 kilometer itu mendapat pengiktirafan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan dilengkapi tempat duduk yang boleh menampung 200 penonton, menara kawalan dan bilik marsyal.

“Turut disediakan paddock iaitu tempat menyimpan go-kart, bilik perubatan dan bilik teknikal yang dilengkapi peralatan canggih dan moden,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Litar Go-Kart Antarabangsa UUM dan Pelancaran Pasukan Lumba Go-Kart ‘UUM-Promax Racing Team’ di kitar tersebut yang terletak dalam kampus UUM di sini baru-baru ini.

Menurut Dr. Nordin, UUM kini mempunyai 25 buah go-kart, bukan sahaja untuk kegunaan warga kampus UUM malah orang ramai ditawarkan kemudahan di situ bagi menggalakkan perkembangan sukan pemotoran negara.

“Kami bercadang untuk memberi sokongan menerusi pelbagai aktiviti yang boleh diatur di litar ini termasuk penganjuran perlumbaan atau kejohanan go-kart, klinik perlumbaan, tempat latihan dan sebagainya.

“Ini kerana kami tahu generasi muda khususnya minat berlumba. Daripada mereka berentap di jalan raya sehingga membahayakan diri dan pengguna lain, lebih baik menggunakan litar ini untuk mengasah bakat sebagai pelumba go-kart,” katanya.

Dr. Nordin berkata, bagi memberi keselesaan kepada pelumba yang menggunakan litar itu, pihaknya merancang untuk menyediakan lampu limpah supaya perlumbaan atau latihan go-kart dapat diadakan pada sebelah malam.

Bagaimanapun, kata beliau, cadangan tersebut bergantung kepada kesediaan pihak tertentu sama ada kerajaan, swasta atau badan korporat untuk menaja kemudahan tersebut.

“Sambutan peminat terhadap go-kart boleh ditingkatkan jika perlumbaan diadakan pada sebelah malam disebabkan faktor cuaca.

“Sebelah malam agak sejuk daripada siang terutama pada tengah hari, panas terik ditambah keadaan trek yang panas,” kata beliau.

Mengenai penubuhan pasukan lumba go-kart UUM itu, Dr. Nordin berkata, ia sebagai landasan untuk melahirkan lebih ramai pelumba pada masa akan datang sekali gus membantu kerajaan menjayakan sukan bermotor di negara ini.

“UUM berharap pasukan ini dapat mencungkil bakat-bakat di kalangan pelumba yang lahir di litar ini supaya dapat diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Mana tahu suatu hari nanti bakat berkembang untuk membolehkan mereka menjadi pelumba F1.

“Jadi sebelum itu, saya harap masyarakat gunakanlah litar ini untuk menguji kemahiran masing-masing dalam perlumbaan go-kart dan UUM sentiasa memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berlumba atau menjalankan aktiviti sukan bermotor di sini,” katanya.

Kata beliau, buat masa ini, pihaknya belum menetapkan kadar bayaran sebenar bagi mereka yang ingin menggunakan kemudahan di litar go-kart antarabangsa UUM.

“Mereka yang berminat boleh datang ke litar ini untuk berbincang mengenai penggunaan kemudahan ditawarkan atau bagi menganjurkan aktiviti sukan bermotor kerana apa yang penting ialah menggalakkan penyertaan ramai dalam sukan berkenaan,” jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.