saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/11/2009

MB Kelantan pertahan doa minta bala kepada Najib

KOTA BHARU 29 Nov. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahan tindakannya berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO jika kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Malah beliau sanggup untuk bersemuka dengan tokoh agama dan ulama termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membidas tindakannya itu.

Beliau menegaskan tindakan tersebut tidak salah kerana doa itu ditujukan sekiranya Najib mempunyai niat jahat apabila tidak memberikan royalti petroleum.

"Akhbar kata ulama bidas. Saya nak tanya balik, ulama benda apa... siapa dia ulama. Di zaman nabi ulamalah yang tentang Nabi Muhammad, zaman nabi, ahli kitab Nasara dan Yahudi dipanggil ulama.

"Mereka yang lawan nabi ialah ulama. Inilah ulama jahat. Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin mengenai ulama jahat, kerana ulama ialah waris nabi.

"Saya hanya doa kepada Allah minta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri beri (royalti) petrol kepada Kelantan. Kalau tidak beri sah ada mala fide... niat yang tak baik. Itu saya minta musnahkan sebab jahat, salah apa saya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tokoh agama dan ulama yang membidas tindakannya berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Najib serta UMNO sekiranya tidak diberikan royalti petroleum.

Pada Hari Raya Aidiladha Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz meminta orang ramai berdoa bagi memperbetulkan pemikiran Najib supaya memberikan royalti minyak dan sekiranya tidak, doakan supaya Allah musnahkan masa depan Najib, UMNO dan proksi-proksinya.

Ini bukan kali pertama beliau membuat seruan tersebut malah dalam kuliah mingguannya pada 18 September lalu, Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut mengetuai bacaan doa khas meminta Allah menurunkan bala kepada Perdana Menteri jika Kerajaan Pusat enggan membayar royalti.

Beliau mengulanginya semula pada kuliah mingguannya pada 2 Oktober.

Nik Abdul Aziz berkata, Nabi Muhammad turut berdoa kepada Allah supaya menurunkan bala kepada mereka yang zalim.

"Tok guru di muka dunia adalah Nabi Muhammad, baginda adalah ketua kepada tok guru, dalam doa baginda juga meminta kepada Allah supaya balas bela kepada orang yang zalim kepadanya dan tolongnya atas orang yang lawan. Nabi Muhammad ajar supaya doa atas orang zalim.

"Tok guru ciptaan orang putih yang berdoa tidak minta bala kepada orang yang zalim, tok guru macam ini hak pijak semut tak mampus, itu yang orang putih nak.

"Saya pertahankan (doa) kerana Nabi Muhammad juga doa balas bela terhadap orang zalim. Tindakan saya tidak salah, saya buat ada hujah bukan emosi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.