saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/11/2009

Doa Nik Aziz cemar Islam


Ibrahim Ali, Feriz Omar


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdoa supaya masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibinasakan hanya mencemarkan nama baik Islam.

Justeru, Menteri Besar Kelantan itu diminta menarik balik balik hasrat itu kerana ia dilihat hanya akan memalukan umat Islam termasuk golongan ulama.

Sebaliknya, beberapa pertubuhan bukan kerajaan mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri di atas hasratnya.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Menteri Besar Kelantan itu amat memalukan rakyat serta golongan ulama.

“Saya terperanjat kerana kata-kata seperti itu keluar dari mulut seorang yang digelar Tok Guru.

“Sepatutnya, Tok Guru macam Nik Abdul Aziz berdoa untuk perkara kebaikan bukannya menghancurkan masa depan saudara Islam yang lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz dikatakan berhasrat mahu berdoa seperti itu jika kerajaan Pusat tidak memberikan royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan.

Tindakan beliau menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk tokoh-tokoh agama.

Dalam pada itu Ibrahim berkata, sebagai seorang Islam, Nik Abdul Aziz perlu bersabar tidak kira apa jua masalah yang melanda.

“Isu royalti minyak adalah masalah perundangan, jadi Nik Abdul Aziz tidak seharusnya mengetepikan prinsip Islam hanya kerana hal ini.

“Sementara ia masih menjadi isu perundangan, kita sabar saja. Buat masa ini terima dulu wang ihsan yang kerajaan Pusat hendak beri,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Justeru, beliau mahu Menteri Besar Kelantan itu menarik balik kenyataannya agar tidak menyinggung perasaan Perdana Menteri.

“Beliau (Nik Abdul Aziz) perlu menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada Perdana Menteri secara terbuka,” katanya.

Mengulas perkara yang sama, Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu mencerminkan sikap sebenar pemimpin Pas itu.

“Tindakan itu menunjukkan sikap sebenar Nik Abdul Aziz yang tidak ikhlas, kuat cemburu dan mempunyai sikap sentiasa tidak berpuas hati kepada apa perkara sekalipun.

“Beliau seperti hilang akal, tidak sabar dan emosional dalam mengendalikan sesuatu masalah,” ujarnya.

Menurutnya, kedudukan Mursyidul Am Pas itu tidak lagi relevan dengan keadaan politik semasa.

“Selagi beliau berkuasa dalam parti, selagi itulah Pas akan menjadi lemah sekali gus menyebabkan Melayu dan Islam berpecah-belah,” katanya.

Sementara itu, Presiden Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, tidak sepatutnya seorang yang dikatakan kuat beragama berdoa untuk membinasakan saudara Islam yang lain.

“Kita tidak pernah diajar untuk berdoa memohon perkara yang tidak baik.

“Pada saya, Nik Abdul Aziz perlu insaf dan meminta maaf kepada Perdana Menteri atas kenyataannya itu,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.