saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 30/11/2009

Budaya SMS sambil menunggang boleh mengundang padah

KANGAR 29 Nov. - Majoriti remaja Perlis yang menunggang motosikal kini terdedah kepada nahas maut kerana asyik melayan khidmat pesanan ringkas (SMS) semasa di jalan raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, tabiat buruk yang mengundang padah itu didapati semakin meningkat kerana mereka lebih mementingkan SMS berbanding keselamatan diri ketika menunggang.

"Di Perlis sekarang sudah ada satu budaya baru yang melibatkan remaja bermotosikal. Sambil menunggang melayan SMS. Mereka seolah-olah lupa bahaya yang bakal diterima.

"Dibimbangi ketika leka membaca dan membalas SMS sewaktu menunggang, individu itu terlalai kemudian terlibat dalam kecelakaan jalan raya," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah negeri, Jefperi Othman semasa merasmikan Program Penghayatakan Korban (Gempadah) Cluster Agensi Anti Dadah Kebangsaan Perlis 2009 di Kampung Simpang Empat di sini semalam.

Menteri Besar bimbang dengan budaya tersebut dan petunjuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perlis turut menyatakan masalah yang serupa.

JKJR sebelum ini melaporkan bahawa kajiannya mendapati penggunaan SMS ketika menunggang dikenal pasti menjadi salah satu punca utama remaja negeri ini terlibat dalam nahas jalan raya yang membawa maut.

Md. Ia tidak mahu budaya itu mengundang padah seperti yang menimpa seorang remaja maut beberapa hari sebelum mengetahui keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 setelah terlibat dalam nahas jalan raya ketika menggunakan SMS sambil menunggang motosikal di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis di sini pada 12 Mac lepas.

Dalam kejadian tersebut, gadis berusia 18 tahun itu maut di tempat kejadian ekoran leka dengan SMS sambil menunggang sehingga motosikalnya memasuki lorong bertentangan dan dirempuh sebuah lori.

Sehubungan itu, Menteri Besar turut mengingatkan semua pihak terutama ibu bapa agar menasihati anak-anak supaya tidak menggunakan SMS sewaktu menunggang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.