saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 30/11/2009

Permainan catur cerdaskan pemikiran

BATU PAHAT 29 Nov. - Generasi muda terutama kanak-kanak perlu digalakkan bermain catur agar hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat berfikiran cerdas dan tajam tercapai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Ja'affar Hashim berkata, permainan catur juga dapat menajamkan lagi daya pemikiran serta membina keyakinan di kalangan generasi muda.

"Saya sangat setuju jika pertandingan catur ini dapat diadakan sepanjang tahun dengan melibatkan semua kaum," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cek RM500 kepada Persatuan Catur Daerah Batu Pahat di sini baru-baru ini.

Persatuan tersebut akan menganjurkan Pertandingan Catur Terbuka selama tiga hari di The Summit, di sini bermula 25 hingga 27 Disember ini.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Catur Daerah Batu Pahat, Lian Boon Chiang dan Pembantu Pengurus Kompleks The Summit Batu Pahat, Lim Lian Hwa.

Ja'affar sedia memberikan idea bagi menyemarakkan lagi permainan tersebut dalam usaha melahirkan lebih ramai jaguh catur di daerah Batu Pahat.

"Pertandingan ini diharap dapat menarik perhatian ramai ibu bapa dan guru dalam membantu mengembangkan lagi permainan tersebut di kalangan masyarakat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.