saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/12/2009

Sasaran kadar kematian nahas jalan raya turun 50 peratus 2010

SEREMBAN 30 Nov. - Kerajaan melalui Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 menyasarkan pengurangan sebanyak 50 peratus kadar kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang 2010.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar) berkata, sasaran tersebut boleh dicapai dengan adanya perancangan sistematik dan fokus oleh jabatan dan agensi terbabit.

''Setakat ini kita berjaya mengurangkan jumlah kecederaan akibat kemalangan jalan raya membabitkan kes kematian, cedera parah dan ringan sebanyak 40.3 peratus.

''Ini berlaku dalam tempoh lima tahun penubuhan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) iaitu daripada 54,091 kes pada 2004 kepada 32,000 kes pada 2008,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raja Malaysia (MKJR) Kali Ke-50 di Royale Bintang di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Pengangkutan, Datuk Yap Kin Sian.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah.

Dalam pada itu, Tee Keat berkata, bilangan kemalangan juga dapat dikurangkan bagi kategori bas ekspres, lori dan pejalan kaki seterusnya menyaksikan jumlah kematian membabitkan penunggang motosikal dan pemandu serta penumpang kereta dikurangkan.

Beliau memberitahu, kejayaan agenda keselamatan jalan raya boleh menyumbang dua peratus pada pertumbuhan ekonomi negara setiap tahun.

"Berdasarkan perangkaan pada 2008, kerugian berpunca daripada kecederaan dan maut akibat kemalangan jalan raya adalah pengurangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dengan kadar dua peratus iaitu 9 bilion daripada 528 bilion," jelas beliau.

Tambah Tee Keat, kempen keselamatan jalan raya seperti penggunaan topi keledar dengan kemas serta tali keledar depan dan belakang perlu dipertingkatkan agar menjadi amalan di kalangan masyarakat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.