saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 02/12/2009

Wujudkan Kelab Keselamatan Jalan Raya di semua sekolah

SEREMBAN 1 Dis. - Langkah mengadakan Kelab Keselamatan Jalan Raya di sekolah rendah dan menengah negeri ini perlu disegerakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan pelajar.

Kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, ia merupakan misi yang perlu diterjemahkan kepada golongan sasar ini, sesuai dengan kehendak Pelan Induk Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan Wawasan Sifar Kematian.

''Di negeri ini, kita boleh mewajibkan setiap sekolah mempunyai kelab berkaitan keselamatan jalan raya dan kerajaan negeri akan menyalurkan apa juga bantuan yang sesuai.

''Kita mahu anak-anak ini diberi kesedaran terhadap keselamatan ketika berada di atas jalan raya.

''Maka sebab itulah pentingnya kelab berkenaan diwujudkan di semua sekolah dalam negeri ini dan ia perlu diberi perhatian oleh jabatan yang berkaitan," katanya sewaktu berucap pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) ke-50 di sini, semalam.

Tambah Mohamad, MKJR bersama pelbagai agensi seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta pasukan Bomba dan Penyelamat, selain Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi dapat bersama-sama menjayakan program kesedaran keselamatan jalan raya ini.

''Jika kita tidak mengambil inisiatif dan melihat isu kemalangan jalan raya ini sebagai yang serius, selagi itulah angka tragedi akan terus meningkat.

''Sampai masanya, MKJR yang kini sudah 50 kali mengadakan mesyuarat agung dan hampir sama dengan kemerdekaan negara memainkan peranan lebih serius menangani isu kemalangan jalan raya ini," katanya.

Tambahnya, kerajaan telah pun meletakkan matlamat sifar kemalangan jalan raya dan terpulanglah untuk kita sama-sama melihat sejauh mana impian itu akan berjaya.

''Selagi masyarakat kita ikut undang-undang dan peraturan, maka kita akan dapat melihat kadar kemalangan itu dapat dikurangkan.

''Bukan susah sangat ikat topi keledar elok-elok dan naik kereta pakai tali pinggang keledar. Masalahnya, kita terlalu ambil mudah dan tidak ambil peduli," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.